3 hari lagi

3 hari lagi skool akan start cuti. masa untuk bersama keluarga. saya rasa saya perlu beri tuisyen english kat adik saya. dia akan ambil PMR tahun ini.

saya belum tahu bagaimana nak uruskan masa untuk diri sendiri di internet ni. cuti seminggu maksudnya saya boleh buat banyak baju di sl dan rl. alangkah bagus kalau ada lappy kan. selama ni saya kurang minat lappy tapi sekarang rasa macam perlu sangat.

Ya Allah murahkan lah rezeki terhadapku.
Kalau saya dapat terlebih rezeki, dapat la saya laptop yang terlebih ringan dan connection yang terlebih lajuu. seronok lah cam tuh. amin..

3 hari ini, kerana ujian dah selesai, masa untuk masukkan semua data markah. harap harapnya semua akan berjalan lancar dan tiada kesalahan berlaku. jika kamu adalah ibu bapa, mesti akan angin satu badan jika kesilapan berlaku dan sudah terlambat untuk dibetulkan.

Cerita semalam

ada sesi photoshoot untuk kelab dan persatuan.
semua clubs ada props kecuali club saya kan.
tak leh jadi ni. jadi saya bawak seorang kid yang agak gagah pegi amik easel dan satu gambar. lepas tu saya pergi ambil brush dan palatte. action melukis pun ok la kan. jadinya, dah pilih juga kid yang agak tinggi untuk act out while yang lain nanti duduk la tengok sambil pose kan.

tapi lepas tu cikgu pulak yg kena act. saya je yang tersengih sengih, rupanya kids muka keras jek maintain cool.

fakta: cikgu yang pose melebih daripada budak. mampus la kena kutuk bila magazine publish nanti.

Cerita semalam akan selalu kamu baca sebab saya balik 2 hari sekali kadang kadang ye.

ps: gambar nasi lemak mommy memang sangat menterliurkan saya selalu. leh tak kita diet gambar je lepas ni, diet bau pun tak yah. haha. sabar je la saya dengan diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment


up