kembali sibuk

setelah 6 minggu yang aman tenteram, ku duduk diam diam saja dirumah, starting yesterday aku sibuk semula. meeting berganti meeting setiap hari pun meeting. sabtu ini pendaftaran form1 pulak. 

2012. already?


wani pulak, semalam ayah yang jaga sebab ibu balik tengahari. hari ni wani dah hantar semula kat rumah cikwan. esok pun sama la nampaknya, serta sabtu. kalau tak kerja ayah tak kemana la jawabnya kalau asyik duk mengadap wani. tak apalah wani boleh berlatih social skill kat umah cikwan, kawan kawan pun ada kat sana. diorang selalu main 'cikgu cikgu'. huhuhu...
 ni nurul wani tengah belek hadiah makcu ika bagi hehehe. thaanks a lot lot lot makcuu.


wani dah pandai memanjat sofa untuk berdiri. duduk sendiri tak reti lagi ehehe... merangkak pun tak. asik mop lantai saja hari hari. bersih lantai umah kita kan wani. wani dah belajar cara baca doa. bila ibu baca saja bismillahirrahmanirrahim, wani pun terus amin, allahumma.. amin lagi. bariklana.. amin lagi... kalau ibu yang pegangkan tangan wani untuk baca doa, ok la sikit, tapi jari dia duk tergamit gamit.. hehe


wani kadang kadang sebut ayah.. tapi paling selalu sebut aaaa!   aaa! untuk semua perkara. tapi dah ada vowel lain... iiii! iii! untuk lorry.... haha habis semua lorry kat sepanjang jalan pergi balik tu ditunjuknya.


cepat lah jalan wani... tak sabar nak tengok wani jalan :)

nurul wani 1 year yay

wani dah 1 year.
beza betul mukanya.



nurul wani my pearl  



eh ada terkempunan makan apa2 ke hari tu?

skang ni wani dah pandai ralit. 
kalau main ke, tengok benda benda yang dia suka.. dia akan

lupa telan air liur :P


meleleh je la .


belemoihhh.


huhu

seamstress in distress

 ku ingin menjahit.
menjahit for a living.


make a lot of dresses
for my little wani,
and anyone else out there.


mampukah aku?


aku cuba.


aku dah beli mesin jahit baru. tapi aku cuma sempat guna sebelum raya puasa tu je. aku jahit baju aku dan baju nurul wani. baju wani siap. aku buat baju kurung pesak gantung kat dia. hehe tecik je. kiuttt sangat aku rasa bila baby pakai baju tradisional. tapi.. too bad baju mak dia tak siap. baju je siap, kain tak siap. tu lah, nyesal jugak aku beli kain yang kena lining.. lambat dan banyak cerita.. almaklumla, aku kan menjahit bila nak raya puasa je, dah tentu tentu la setahun sekali. bila nak terrer nye huhuhu....  lepas raya, spm trial exam. jadi duk sibuk menanda kertas, maknanya aku tak sentuh sentuh dah mesin jahit tu lepas tu. baju aku, still tak siap .:D


tapi aku sentuh jugak. aku sibuk duk godek godek last last satu component kat mesin jahit baru aku tu tercabut! aku pun ak taw la nama dia apa... yang aku tahu, aku nak naikkan footer dia tu supaya aku boleh alter jeans aku yang aku tak leh pakai sebab longgar.. sudahnya, boifren aku jugak yang jadi mangsa... pepagi dah kena repair mesin jahit tu. sib baik dia ada akal mekanik kan..mesin tu pun balik ke asal. haha. tak jadi lah aku nak alter jeans tu, daripada rosak baik aku buat yang aku reti je dulu.


aku nak sambung jahit baju raya aku tu, tapi benang habih. ambil masa aku nak membeli.. tempat yang aku pegi semua nye takde. sebab nye aku tak pegi kat kharisma, kalau aku pegi kedai tu mesti ada kan. kedai tu semua ada.. ape yang takda? tak da la yang takda, ada ada belaka. tapi kedai tu agak jauh la dan bukan kat laluan harian aku lagi.


tadi aku dah beli benang. esok siang aku nak start jahit. i mean pagi satni. hmm! gigihhhhh!!!!


p/s : gambaq tadak pasai camera ghosak...

life on its rising actions

last weekend was a superb!

seronoknya makan angin berhari keluarga bersama keluargaku dan keluarga Manja, plus adik iparku. dari pagi gi tengok dragon boat race kat putrajaya, sebelah petang pergi mines, malam pula di I-city. 

ada kawan me and my boyfriend masuk race tu, tapi on Sunday race dia dah habis. so, dia ada masa la nak terangkan macam2 kat kami yang first time tengok ni. ty Bonet Merah sebab entertain kitorang dengan penuh sabo.


disebabkan anak buah aku yang bertuah tu,( nama pun Tuah muhammad al-iman, ) seronok nak main air kat sandbox kat tengah tengah panas dekat tempat race tu, so babahnya pun mengajak la pergi MINES main air kolam kat Splash Park. 


dah dekat mines, rasa cam tak puas lagi berjalan, ke mengajak pulak diorang pergi I-city. kat sana puas jugak la explore , cuma snowalk je tak masuk.. huhu next time. bila wani tak selesema okayy...


semua penat, semua happy.

nurul wani cukup 10 bulan hari ni. skills ... masih menjulur, blom angkat punggung lagi time merangkak kan. suka mengutip barang dan masuk mulut... suka selak buku... suka dengar azan... dah pandai panggil 'ayah' .. (ibu blom pandai sebut), pandai main peek-a-boo. apa lagi ek? humm.. ok la itu je la setakat ini.


*** 



every mistake done must be corrected from the start. too bad if it becomes a chain of errors. it'll be too hard to handle.

Nurul dan ibu

Ibu pernah terfikir wani lebih hargai ayah. Sebab wani nangis kalau nampak ayah kan? Kalau nampak ibu wani wat dek je.

Tapi tiba tiba minggu ni lain, wani bising kalau ibu bangun dan pergi mana mana. Dari hujung minggu lepas ibu perasankan itu.

Tak de apa yang ibu boleh komen. Hehehehehhehehe......

aku cuba. - (sajak sakit hati)

aku juga pandai marah
aku juga pandai marah
aku juga pandai marah.

aku tau aku tak perfect.
aku bersalah kerana selalu cuba memahami.
bila aku terlalu banyak berfikir tentang pelbagai what and if,
last last aku still dilihat bersalah.

aku mungkin tidak menggembirakan
aku mungkin membosankan
tapi aku juga ingin cari yang lebih baik
kalau kau tanya aku.

aku juga mahukan itu,
adakah kau memberi?
aku juga sukakan itu,
adakah kau mengetahui?

jangan sakitkan hati aku
kerana aku dan kau akan akhirnya saling membenci.

tapi kalau kau tak peduli
aku tau apa yang akan aku bawa bersama
dan pergi.

gigi susu nurul wani







rupanya lebih kurang seminggu lepas nurul wani demam bulan lepas, gigi susu bawah tumbuh 2 batang serentak. nak genap 7 bulan tempoh hari, alhamdulillah tak demam, cuma dedar waktu pagi je. kemudian selesema berlarutan.

sempena nak ramadhan ni, sabtu, ahad dan isnin ibu dapat cuti. wani dan ibu balik rumah mak teh kat banting.so wani have fun sebab sepupu dia boleh main dengan dia :) semalam gigi wani tumbuh lagi sebatang, kali ni gigi atas pula. yay for 3 teeth!

ibu dapat rasakan yang wani tak lama lagi akan bergantung pada anmum most of the time. ibu still akan menyusukan wani, tapi tak tau la produktiviti susu ibu waktu bulan puasa ni. rasa sedih jugak kalau tak dapat nak susukan wani sekerap yang setakat ini. i mean, dah la waktu bekerja tak dapat susukan dia.. humm, tak pe lah. janji wani sihat.

wani sekarang dok layan babytv. waktu wani bangun subuh hari ialah 5.am. most of the days.. kadang-kadang tu lebih awal lagi. kalau ibu pasang channel babytv, dapat la ibu bersiap nak pergi kerja.

ibu harap wani cepat boleh bercakap, boleh merangkak, berjalan dan sebagainya. ayah pun harap yang sama, especially bercakap sebab senang katanya. sekarang kalau dia meragam nak dengan ayah saja, kadang-kadang pening jugak ayah sebab tak tahu apa yang wani mahu .. :P

sempena nak raya ni, ibu berangan nak beli mesin jahit baru. mesin lama ibu yg dulu tu tak power la kan kan. kalau dapat mesin power sikit boleh la ibu start projek slipcover ibu yang ibu berangan dari tahun lepas tu kan.

kalau dapat mesin jahit tu soon enough, ibu nak start projek pertama ibu. baju raya nurul wani ^^. amin.. amin... aminnn!!!!! fuhhh!!!!!

Bermula dari sabtu lepas hingga ke jumaat semalam, wani demam panas dan sedikit selesema. Menginjak ke khamis badan dia makin panas sampai doktor ambil sample darah dan rehydrate.

Wani cukup umur semalam, jumaat 24 hb. Dan hari-hari ibu doakan semoga wani dapat develop sifat sifat baik physically, emotionally, intelectually and spiritually.

Cuti sekolah

favorite entri untuk ditaip ialah tentang cuti sekolah.

esok last day sebelum cuti 2 minggu. banyak kertas yang hendak ditanda dan harap masa yang ada cukup.

kat sekolah baru ni saya kena ajar 2 kelas form 1, 2 kelas form 2 dan 1 kelas form 5. rahmat sangatlah sebab Allah sayangkan saya kan, baru saya dapat kelas-kelas tu semua. 4 daripada 5 kelas-kelas tu susah nak faham English. yang cakap yes, no, alright, good morning and i love you aje. hehehhe.

alamak nak kena balik dah. nurul waniiiii, tunggu ibu tawwww ( melambai ke arah gambar wani di laptop)


nurul sugar, ayah sedih

hari ni wani genap 5 bulan.
dia selesema, batuk dan demam sejak dua hari lalu. kesian baby kecilku sorang ini intan payung batu berlian madu bucuk bucuk!

semalam ayahnya sedih.
stress sangat katanya.
wani tak nak berenggang dengan dia.
lepas saya balik kerja, excited la nak dukung dia kan... tapi lepas tu dia nangis pulak bila kena letak.
"memang la, takkan itupun ibu tak tahu" (maybe itu kata wani kat saya dalam tangisannye tu)

so ayah pun marah-marah pulak sebab wani tak diam walaupun di pujuk.
hmmm.... sian ayah..

dalam kereta on the way balik sp, ibu and wani kena dengar luahan hati sedih ayah tu.

wani diam je, dah tak nangis lagi.



"memang la, dah tadi dia puas buat ayah" kata ayah.
wani buat muka innocent je...

sabar ye ayah, wani masuk 5 bulan hari ni. ibu harap wani takkan lupakan jasa ayah yang menatang dia bagai minyak yang penuh bila dia dewasa kelak. amin.

Lagu untuk my sugar

Menyanyi bagi saya memang menggambarkan perasaan gembira, sebab saya susah nak menyanyi time gundah gulana. :>
sejak jadi ibu, saya memang suka nyanyi lagu kanak-kanak. Ada satu perasaan ingin menghiburkan tiap kali bersama wani.

Lagu yang terkini saya duk nyanyi adalah lagu burung pipit.

Saya ada burung pipit
satu hari jatuh sakit
saya fikir nyamuk gigit
gigit mata burung pipit

sebuah kampung tepi gunung
penduduknya bahagia
ada seorang mekanik kereta (sebut laju2 bagi cukup tempo)
dan anaknya hazira

oh hazira oh hazira
oh hazira sayangku
sungguh cantik
hati baik
oh hazira i love you

lagu asalnya lagu oh maria. Hehe cam nama wife luncai. Hazira ialah nama my sugar dan hubby ku seorang mekanik kan gituu...

my sugar

Kerana allah kasihkan hambaNya, maka saya ada baby girl. Kerana terlalu kasihkannya, namanya bertukar-tukar. Hari tu Indah, lepas tu Ayang, kadang kadang Cumil, pastu Sugar pulak. Semuanya ialah Nurul Wani Hazirah.

Saya pula? Hehe... Mestilah seorang ibu yang bahagia!

up