Cabaran mesin jahit part 2




Akhirnya on Saturday dah dipulangkn set sarung tilam dan bantal baby kat birasku. Alhamdulillah muat jugak walaopun nak masukkan span tu siksa. they weren't perfect but i guess they'll do. Pn. Manje pun tak kisah hehe dia faham saya tak pernah buat sebelum ni.
Bila pulang rupanya dia tanya kain SpongeBob tu i buat jugak ke? 

Larr... mana tau. hari tu i dengar macam kain tu kain lebih. tak payah buat? hehe Boleh Boleh.. tapi tahun depan la baru i buat pulak. Tunggu la ye, i buat sikit sikit.
Cute purple

Tapi sebelum siap tu, mesin jahit tepi baruku itu telah meragam. jarumnya patah ( aku pakai 1 jarum je sejak beli) so kena ganti jarum dan thread balik semula. Sangat susah sampai kena suruh suami guna tools yang ada keluarkan jarum patah tu.

The problem was. like this.
Aku beli mesin tu, tak ada manual. Penerangan pun ringkas-ringkas saja sambil barang bertukar tangan. Itu aku tak kisah sebab sekarang kan zaman canggih, ku sangka. but not everyone bothers to upload every single thing to the dunia maya... duh.. :P padan muka ku. So misi pencarian ku gagal. i didnt even know how to remove the old needle properly dan mula la permasalahan ini.

tapi lepas suamiku tolong, ok la dapat la right needle tu dipasangkan.. tapi eyhhh.. why the threads (3 benang) won't make chain? Bila searched everywhere kat internet, jumpa discussion, jumpa jugak kat youtube orang masalah sama dengan aku.. but solution and suggestions were many. i just had to try my luck.

Rupanya jarum tu pasang rendah sangat, sebab aku naikkan sikit.. pakai playar.. hahaha. tapi terus jahitan ok. tapi ehyss.. boleh gerak2 lak jarum tu kan. masa ni aku tak tahu lagi :P

Aku dah start jugak baju baru wani. Baju ni amik kat prudent Baby website. Dah lama nak buat tapi cuma sekarang dapat.. lagipun lebih kain baju raya wani ada banyak jugak.

Ni basic shape, lepas ni letak getah dan siap !

Yesterday, dapat ajak suami pergi Karysma Store kat Bandar Baru Bangi. Kedai ni memang kedai barang jahitan favourite sejak start belajar menjahit. i mean sejak mesin jahit aku yang portable tu rosak dan aku hantar ke sana.

So aku detached tempat insert jarum kat mesin jahit tepi tu dan ku bawa sama. Selain nak beli elastic untuk baju baru wani, aku tawakal je harap ada yang boleh tolong. Hujan lebat gila masa kat BBB petang semalam. bila sampai kedai, bukak je pintu tu, Pakcik kedai tu memang tengah berdiri kat aisle tu setentang dengan aku. Wah ! dalam hati aku "Help me. Alhamdulillah!" Selalu anak dia yang jaga. Pakcik ni lagi bagus sebab dia tau jugak repair machine. aku harap la.

So dia selesaikan masalah aku ^^ walaupun dia tak tau tentang mesin yang aku guna tu sangat. dia cuba2 je. dan aku dapat pasang 2 jarum, dan aku beli allenkey yang padan dengan lubang dekat tempat jarum tu. oooh baru aku faham apa yang member aku cakap. dia bukak jarum pakai allenkey tapi tak terfikir dah bukak macamana sebab serabut sangat time tu. husband aku memang ada allenkey tapi tak pernah ada sehalus tu, so tu yang aku tak terlintas, walaupun husband ada tnya "Ni lubang 2 kat sini untuk apa?" aku mana tahu, manual kan tak ada.. dia memang dah suruh cari allenkey, tapi dah tak tercari dah time tu.

Click to enlarge

So balik rumah, dengan gembira terus aku pasang jarum tu balik kat machine, dan thread 4 benang. Yay! Misi berjaya. Alhamdulillah Amin!

Peasant Blouse
Tutorial asal di Prudent Baby

Terus lepas tu siapkan baju baru wani. Ok lepas ni baru boleh siapkan kerja lain. umm kerja core business contohnya *cough*

ok, baju baju wani lain yang dah berjaya ku siapkan.. tadaaa...
Flower Top

Tutorial top asal di Prudent Baby
Baju raya maxi 
Pattern tak ada sebab baju maxi ni betul betul agak agak saja janji siap. Oh! aku belajar guna hidden zipper untuk baju ni. So neat! opss perasan bukan jahitan aku yang neat, hidden zippen tu la. suka suka suka lain kali nak jahit lagi hehe.



ok la until next time. hari ni hubby's birthday. yang ke 25. aww

1 comments:

Unknown said...

Terima kasih kerana sudi membeli mesin jahit di Karysma Store Maaf jika ada salah silap atau kekurangan, semoga sudi datang lagi

Post a Comment


up