kembali lagi

wah minggu ni minggu back to school. selain beramah mesre dengan lappy yang baru , saya tak banyak kerja lain di rumah selain duduk depan desktop. lol. tak leh berenggang dgn pc nampaknya.

hujung minggu ni ada sambutan maulidur rasul.

bulan ni meniaga tak untung pun.




cantik tak ? gambar hiasan je

Bicara

dan kita jarang berbual,
sangat aku hargai saat-saat berbicara denganmu.
aku takut
bila ianya mungkin yang terakhir dan diriku tidak sempat kamu kenali,
apakah cukup untukmu terus mengenangku

aku renungi bibirmu bila kamu bercerita
tentang apa saja
kerana aku takut
jika ada butir bicara yang tidak akan kamu ulangi
atau tidak aku dengari lagi nanti

aku masih mengenalmu
aku tak akan jemu.

~~


Deeper Conversations - Yuna

dari Yuna (revised setelah mendengar secara addicted sekali via her myspace)


Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outer space?
And i'm learning you

Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone take a portion of your heart?
And i'm learning you

And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I've let my guard down for you
And in time you will too

and if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

and if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
and Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I’d love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

4x
Deeper Conversation
with me

Does your name rhyme with mine?

isi kerang yang yum yum

saya pegi rumah mommy petang tadi. tolong kopek kerang( please, ade ke istilah lain?). kerang rebus memang syok. mommy masukkan kerang dalam sambal untuk dijual yay.

first time ada orang order mini roti john. baru lah ku tahu resepinya. ada sekumpulan kids datang beli benjo dan lain lain. tak tau pun rasa cemana. tapi cam boleh tahan sebab kid tu datang lagi repeat lak order lagi enam tapi roti tinggal empat jek.

sedih dan mengantuk

mengantuk sebab sedih banyak

Gigih!

Kali ni mesti lebih gigih kemas rumah!
dua hari pun tak siap lagi ni... tapi tak apa, gigih!! Esok bahagian stor dan dapur pulak.

Tadi liz datang. bestnye walaupun sekejap. Rasa macam nak racun je liz cuti dan datang lagi semasa saya tengah bercuti ni. kalau tidak memang tak ada peluang. Internet -pulak tak membantu hari ni, connection amat slow. kesian liz, tak dapat test apa yang dia nak belajar. Lain kali mungkin lebih luck.

Semoga semua perniagaan saya dan kamu berjalan lancar, amin.

saya suka sekali (berkali kali)

yeehaahuu!!

maka seronoklah saya sebab cuti skool dah start. kalau kamu jadi saya pun suka juga kan.

diharapkan cuti skool ini dapatlah saya mengawal kemanisan yang ada dalam diri saya ni. tak bleh blah nya pernyataan itew. tapi itulah hakikatnya kan. literally speaking.

tadi sebelum pulang ke rumah, mommy ada offer or tanya saya tanak tedo sana ke malam ni? oh kalau saya tedo sana, alamatnya lajak sampai ahad la kan. macamana tu jika rumah sendiri sudah tidak macam rumah tapi macam hotel (yang tiada chambermaid).

hari ni fikiran saya memang menerawang dengan sangat laju sekali. jadi adalah biasa sekali bila tiba tiba leh selit sub topik.

sekarang 3 pagi dan saya sangat tidak seronok sebab tak boleh masuk SL. login telah pun di disable kan. mengapakah sangat dengki? (ops .. mata gatal sikit. bila sentuh ... ait. nak naik ketumbit ke?) alamatnya mungkin hingga pagi esok baru boleh login ke? bosan nih.

tapi masih dalam mood seronok
(bg muzik semasa menaip: gym class heroes featuring the dream, cookie jar -walaupun tak bermotif dan tiada kena mengena dengan diri saya)

teringat waktu bersuka ria dengan Vixy dan Kait di club RT.

saya: I feel like a lesbian when singing this song out loud.
Vix : LOL


seronok trillion kali kalau dapat laptop kan?

yang sukar untuk diabaikan





apa yang boleh saya lakukan lagi jika nasi lemak mommy sangat lazat selain daripada memakannya?

dilema yang sangat menyusahkan untuk orang yang ingin menahan lapar dan dahaga demi kesihatan yang lebih baik.

pagi tadi tembak jari sendiri: cedera sikit.
bacaan gula: 12
tindakan: tak mau makan makan biskut jacob je kut.

3 hari lagi

3 hari lagi skool akan start cuti. masa untuk bersama keluarga. saya rasa saya perlu beri tuisyen english kat adik saya. dia akan ambil PMR tahun ini.

saya belum tahu bagaimana nak uruskan masa untuk diri sendiri di internet ni. cuti seminggu maksudnya saya boleh buat banyak baju di sl dan rl. alangkah bagus kalau ada lappy kan. selama ni saya kurang minat lappy tapi sekarang rasa macam perlu sangat.

Ya Allah murahkan lah rezeki terhadapku.
Kalau saya dapat terlebih rezeki, dapat la saya laptop yang terlebih ringan dan connection yang terlebih lajuu. seronok lah cam tuh. amin..

3 hari ini, kerana ujian dah selesai, masa untuk masukkan semua data markah. harap harapnya semua akan berjalan lancar dan tiada kesalahan berlaku. jika kamu adalah ibu bapa, mesti akan angin satu badan jika kesilapan berlaku dan sudah terlambat untuk dibetulkan.

Cerita semalam

ada sesi photoshoot untuk kelab dan persatuan.
semua clubs ada props kecuali club saya kan.
tak leh jadi ni. jadi saya bawak seorang kid yang agak gagah pegi amik easel dan satu gambar. lepas tu saya pergi ambil brush dan palatte. action melukis pun ok la kan. jadinya, dah pilih juga kid yang agak tinggi untuk act out while yang lain nanti duduk la tengok sambil pose kan.

tapi lepas tu cikgu pulak yg kena act. saya je yang tersengih sengih, rupanya kids muka keras jek maintain cool.

fakta: cikgu yang pose melebih daripada budak. mampus la kena kutuk bila magazine publish nanti.

Cerita semalam akan selalu kamu baca sebab saya balik 2 hari sekali kadang kadang ye.

ps: gambar nasi lemak mommy memang sangat menterliurkan saya selalu. leh tak kita diet gambar je lepas ni, diet bau pun tak yah. haha. sabar je la saya dengan diri sendiri.

Panas

ahad saya adalah sangat panas. panas luar dan dalam ye. bila sangat panas, kepala saya mula nak migrain, hormon kacau bilau, dan muka saya naik banyak kedut. Jadi saya cepat nak terbakar. Jangan la di spray minyak tanah kepada saya. Kamu mungkin dijilat api.

Saya teringin hidup di cuaca yang cool cool breeze. mesti saya tak ada migrain, hormon OK dan kulit tegang. Jadi saya tak akan ada masalah dengan sesiapa.

Ye lah, blame it all on the weather. memang lah. saya tak nak menyalahkan diri sendiri yang inflammable ini. lagipun semuanya memerlukan dua pihak. Juga, manalah larat untuk menjadi air dan menyimbah api yang sedang marak pula setiap kali. kalau saya ini sebuah kolam air pun, mungkin saya akan menjadi kolam air panas kerana dasar yang berapi api.

memang lebih mudah menjadi api. lagi pun api saya bukan bahaya sangat, sama macam api lighter. kalau tekan gas, menyala. kecik je. kalau lepas gas tu, padam la.

lepas tu saya boleh jadi cooler daripada aiskrim.

Cendol tapai

kamu pernah tak makan cendol tapai?

saya dah pernah rasa. sedap juga.
tapi saya setia dengan cendol pulut walaupun saya sangat suka tapai pulut. saya cuma suka tapai pulut sahaja. mak teh saya memang hebat buat tapai pulut nie. nasi pulut kepal tu dibalut dengan daun keladi dan disimpan beberapa hari. buat tapai ni banyak pantang larangnya. salah satu yang saya masih ingat, pembuat tapai dilarang bercakap atau mendengar perkara-perkara yang tak baik dan busuk. akibatnya tapai akan rasa masam.

Cerita lain

semalam anak buah saya yang cuuuute telah telefon saya. dia bagitau saya yang dia telah digigit binatang (itu yang dia sebut). kesian dia. suara dia pun macam orang sakit. semoga cepat sembuh, Farah.

pagi sabtu saya

sabtu minggu ini sangat best sebab saya sedang bercuti. tak payah pergi skool.
sepatutnya saya dah duk kat kedai mommy saya tolong cuci cawan tapi nampaknya saya masih tercongok kat depan pc ni lagi, duk start blog baru.

ini sebab internet saya dah laju semula.
jadi saya sangat inspired untuk taip blog, main Secondlife dan menjual di ebay. jadi hari ni saya mungkin tak pi kedai mommy saya. tapi saya still kena pegi sebab malam ni abang saya nak meniaga beefburgers. Then saya nak tedo kat umah mommy saya, sebab esok ada kenduri kat kampung.

Kenduri kalau di sungai merab luar adalah sangat seronok sebab saya boleh makan rendang daging minang yang sangat exclusive, susah nak jumpa di luar kawasan. mommy saya masak pun power juga sesedap resepi arwah nenek saya.


esok saya cuba sneak amik gambar rendang daging tu. itupun kalau camera sony saya tu ada mood untuk berfungsi. my moody camera akan menimbulkan masalah kepada tuannya dengan cara tidak mahu keluarkan lense. saya selalunya terpaksa on and off many many times sebab arahan itu yang asik keluar kat lcd viewer tu... kalau hantar repair cost dia 400. baik saya beli baru je kan.

off topic.
saya rasa pengetua baru kat skool saya adalah sangat cuuuute sebab saya penah tengok dia sengih sengih cute masa tolong jawab telefon kat tempat kerani masa staff office seme dah balik untuk lunch time.

hi

salam perkenalan.
ini adalah entri pertama saya dalam bahasa melayu.

tapi blog ini tak kan menggunakan sepenuhnya bahasa melayu. saya rasa saya adalah sangat gigih jika berjaya menggunakan BM sepenuhnya.

tapi itu adalah sangat fake kerana hari-hari pun saya tidak guna bahasa melayu yang betul dan pinjam banyak perkataan english dan bahasa-bahasa lain sementelah dah tinggal kat bumi malaysia ni kan.

saya juga kurang rajin untuk menekan caps lock atau shift semasa menaip. jadi kamu jangan lah irritated terhadap taipan saya yang kurang semenggah ini. tapi jangan risau, kamu tidak akan berpeluang membaca post-post yang menggunakan perkataan-perkataan seperti hanj***, bab*, atau apa-apa yang lebih busuk daripada itu.

saya sangat simple.
saya juga seperti kamu, sangat sayangkan kawan-kawan.

up