Lagu untuk my sugar

Menyanyi bagi saya memang menggambarkan perasaan gembira, sebab saya susah nak menyanyi time gundah gulana. :>
sejak jadi ibu, saya memang suka nyanyi lagu kanak-kanak. Ada satu perasaan ingin menghiburkan tiap kali bersama wani.

Lagu yang terkini saya duk nyanyi adalah lagu burung pipit.

Saya ada burung pipit
satu hari jatuh sakit
saya fikir nyamuk gigit
gigit mata burung pipit

sebuah kampung tepi gunung
penduduknya bahagia
ada seorang mekanik kereta (sebut laju2 bagi cukup tempo)
dan anaknya hazira

oh hazira oh hazira
oh hazira sayangku
sungguh cantik
hati baik
oh hazira i love you

lagu asalnya lagu oh maria. Hehe cam nama wife luncai. Hazira ialah nama my sugar dan hubby ku seorang mekanik kan gituu...

my sugar

Kerana allah kasihkan hambaNya, maka saya ada baby girl. Kerana terlalu kasihkannya, namanya bertukar-tukar. Hari tu Indah, lepas tu Ayang, kadang kadang Cumil, pastu Sugar pulak. Semuanya ialah Nurul Wani Hazirah.

Saya pula? Hehe... Mestilah seorang ibu yang bahagia!

up