oh mi God!





Masa last aku jumpa doktor awal minggu ni, aku rasa cam nak pengsan bila tengok sugar level aku.
Terus aku rasa tak lalu minum air manis. Jus buah yang jadi ketagihan aku pun dah aku tak hairan.

Petang tadi, aku gigih gi update aku nyer glucometer kat Warta; ganti battery, beli strips dengan lancets dia. then dengan tak nak harap tinggi-tinggi sangat, aku pun buat tests.



waahh .. dah turun ^^ Alhamdulillah. Sebab tak puas hati, lepas 10 minit aku test lagi sekali . huhuuhu..


my quest is heading to the right direction. go go go!!!




Happy Hours

Semalam memang happy hours sebab pagi aku kerja ( haha) . sekolah ganti di hari sabtu. tapi ok la sbb pentadbir arahkan semua 1 sesi. less stress untuk kami di sesi petang kan :) hehe rata-rata muka collegues aku senyum je. ye la, kalau kitorang kena datang petang tu .. masing-masing muncung je hehe... ye la org lain dah balik kerja, kami pulak nak pegi kerja kul 12 kan? walaupun separuh hari, tapi habih la sabtu tu.

Malam pulak ingatkan nak tengok wayang dengan adik dan bf aku, tapi tak jadi la sebab tengah tak de cerita best. disebabkan aku, bf dan adik memang suka melalak, kitorang gi happy hour kat superstar :D :D

memang puas la.. tapi tak de lagu baru sangat kat sana. tapi boleh la.. :)

esok, another sunday. Aku tak minat sangat sunday sebab esoknya monday, a brand new week :P.. getting old each day.

A premonition

Semalam, Selasa pagi, tatkala kesihatan aku masih okay, aku tolong kat kedai mummy. There were two patches of different conversations that i caught while serving the drinks to the customers.

Meja 3*

Sekumpulan anak muda, maybe students. Aku tak pasti sebab aku tak pernah pulak tanya walaupun diorang selalu datang.

"Sekarang aku kena start jaga kaki. *ketawa* Tapi main bola tak boleh tinggal*sambung ketawa, tambah kuat*"

Kenapa eh. Aku cuma boleh teka, betul atau tak tu entah la :) Maybe dia kena kencing manis kut ...
Kaki kan tak boleh luka, nanti lambat baik, mungkin boleh sampai kena potong kalau luka jadi serius. Tapi kalau tengok gaya dia, tak macam orang yang ada kencing manis pun.

Meja 11*

Meja ni ramai gila, ada dalam 8 orang, diorang sambung 2 buah meja. Maybe students, ada label institusi kat uniform diorang. Salah seorang tu memang regular customer. dia order TTKM ( teh tarik kurang manis.. aku selalu tulih order camtuh kat kertas order tu). Aku pun sengal gak masa tu. Sebelum hantar aku dah tnya kat Daoy yang mana satu TTKM. Dia pun dah asingkan ketepi, tapi masa hantar tu aku dah lupa yang mana satu :/

"Yang kurang manis yang mana, kak?"
Aku dah terdiam. huhu. *alamak*

aku pun tunjuk la yang lain macam sikit. Dia pun minum sikit.. muka dia cam (huhuhu) aku pun dah serba salah sebab dia pun tunjuk muka serba salah dia. sib baik dia tak angin. Aku pun tak pasti dia rasa air TTKM tu KM ke M...

" Saya dah tak leh minum manis dah kak"
dalam hati aku 'ooohh'

Tak baik aku hari tu; kalau aku pandai buat air, maybe aku buat yang baru untuk dia. takut gak aku nak suruh Daoy buat yang baru. So aku tak buat apa-apa pun untuk dia.

I know

I know

Aku memang waitress yang blur blur.

Kaki pun dah start sakit-sakit...

So memang kena jumpa doktor. Sah.. sejak terdengar conversations customers memang aku dah rasa tak sedap hati. tapi ubat aku memang dah habih. memang kena jumpa doktor. Ingatkan rendah je. Rupanya tinggi gila gula aku. *sob*

Ain's Quest to 5.0 mM sugar

It's sickening. Memang dah sakit pun. i was in denial of my illness for these past years. i do take pills. i do take herb drinks (that i make myself). the problem is, i do take all kinds of foods and drinks.

i just got back from the Doc's. it is 24.9mM (after meal).

I know.

I know

*cries*

i'm still young. and i am not yet a mother.

memang salah i, i jadi macam ni. if i can undo things, memang i akan anti all kinds of sugar, hidden or not. doc kata, in a week kalau progress i still camtu, i kena duk hospital. *ngeri*

ok. i have to be discipline. i kena kontrol makan.
i akan beli bateri untuk glucometer i yg dah kong tu.
i akan check hari-hari.

it's my quest to 5.0 mM sugar.

Doa ketika dalam kesusahan dan kecemasan

Bagaimana nak singkirkan toksin dari badan?

Malam tadi sambil tengok cite human target kat TV3 , bf saya mintak saya urutkan jari tangan kanan dia. Bengkak - tak boleh genggam. Hmmp... :/ 2 je jari yg bengkak, jari manis dengan kelingking. tapi siksa la kan. :( sian dia.


so dalam pukul 4 pagi (waktu dia selalu bangun untuk masak) saya pun kejut dia. tapi dia macam tak larat. pastu dengar suara mummy pulak kejut dia. saya tolong jawab yang jari bf saya sakit. lagi sekali tersedar dah pukul 6.30 pagi. Adik pun dah siap pakai baju sekolah dan tengah ready nak sarapan nasik lemak yang dia beli. - Dia kata nasi lemak makcik tu yang nombor 2 sedap kat area umah mummy . nombor 1 sapa? hehe mesti la nasi lemak mummy. masakan ibu tu kan ke yang the mostest paling tersedap sekali?-

Warung ad-dawiyah cuti hari ni.
mesti Kak Nor dengan Mak Tam ( pembantu mummy) yabedabedu sebab cuti. Saya tak yabedabedu sangat sebab tak de maknanya nak happy giler. kerja pagi kan hari ni.

Badan bf saya banyak toxin ke.
Kena google cari carapaling murah untuk detox.

Ada lawatan penanda arasan. ok la tadi rombongan dah masuk tengok Studio Ekspresi Seni kitorang. Budak-budak pun tekun je buat kerja :) :P

Hari ni teringin sangat nak makan kari udang. tapi larat ke nak masak? kalau dah pukul 7.15 baru sampai rumah mummy.

Padan muka (sikit je )





Pagi tadi kan pergi ladap kat PPD, kan, aku ada terniat untuk balik awal sikit. dah mmg suruh bf amik pukul 11pg. so after second slot tu, ingat nak tunggu la sekejap baru keluar, rupanya slot tu speedyooo. LOL.

semua pun balik pukul 11 rupanya.

ingatkan bf dah tunggu kat luar dewan blok E tuh. tak ado.... - harus la tu pukul 11 baru kuar rumah kate..

haha bf sampai siap bawak laptop ingatkan lambat lagi so dia ingat nak la santai santai dulu. huhuhu rupanya dia masuk je kawasan PPd tu , tengok kereta dah clear. sian gf dia.

then, mood dia pun baik hari ni :) :)

dalam pukul 3 tu mummy ajak lunch kat kedai sup kat kg abu bakar baginda. dah kenyang tu pi beli barang kedai pulak. so menuju la ke mydin. ingatkan lepas tu nak amik amik angin , amik amik gambaq. lama dah tak amik gambaq. tapi panas yg amat. lit lit. huhu. tak jadi la.

sampai rumah pun dah pukul 5ptg. tak dan setengah jam. mendung tak ingat. gelap laaa... hujan la pun. tak dapat pi pasar mlm. tunggu la selasa depan.

hmm isnin ni ada yg nak mai visit skool ku. kena kerja pagi la ek. sabtu setengah hari. isnin dari pagi sampai 6.40ptg. dah mai awai, takkan tak leh balik awai? dulu boleh... tapi tu la, nama pun 'dulu'. yang 'dulu' pun dah pindah belaka. what other choice do i have ?dont think much about the past, if nothing can be done so just have to deal with the present.

lagu malam ni ialah cover Bitter Heart of Zee Avi. best lagu ni. fun song with not so fun theme ...

enjoy la.


aku terjaga pagi pagi buta ni. skang dah pukul 4 pagi. susah pulak nak tidur balik. so aku bukak laptop dan online. tadi aku sempat tgk adamaya episod 1.. masuk je episod 2, laptop aku pun kejung.

laptop aku selalu camtu. pakai mobile broadband ni mmg camtu kut. kat rumah aku guna streamyx tak lak jadi canni. laptop aku tak power agaknya.

***********

saya tak sabar tunggu sabtu ni sbb bf saya nak start meniaga kat kedai mummy.

air gelas besar

smlm saya dah test air honey dew. walla sedap giler. tapi tu la, ingatkan leh tolong kat kedai tapi kena pi ladap lak kat PPD.

bila tau sabtu kena kerja, badan saya pun mula buat perangai. pening kepala la, tense la.. so tengahari tadi saya dah amik ponstant. :P 2 hari rehat tu bagi saya memang cukup2 ja .. lagipun nak kena sediakan soalan. jadi kalau sabtu tu kena kacau oooii.. mana nak cukup rehat.






up