gigi susu nurul wani







rupanya lebih kurang seminggu lepas nurul wani demam bulan lepas, gigi susu bawah tumbuh 2 batang serentak. nak genap 7 bulan tempoh hari, alhamdulillah tak demam, cuma dedar waktu pagi je. kemudian selesema berlarutan.

sempena nak ramadhan ni, sabtu, ahad dan isnin ibu dapat cuti. wani dan ibu balik rumah mak teh kat banting.so wani have fun sebab sepupu dia boleh main dengan dia :) semalam gigi wani tumbuh lagi sebatang, kali ni gigi atas pula. yay for 3 teeth!

ibu dapat rasakan yang wani tak lama lagi akan bergantung pada anmum most of the time. ibu still akan menyusukan wani, tapi tak tau la produktiviti susu ibu waktu bulan puasa ni. rasa sedih jugak kalau tak dapat nak susukan wani sekerap yang setakat ini. i mean, dah la waktu bekerja tak dapat susukan dia.. humm, tak pe lah. janji wani sihat.

wani sekarang dok layan babytv. waktu wani bangun subuh hari ialah 5.am. most of the days.. kadang-kadang tu lebih awal lagi. kalau ibu pasang channel babytv, dapat la ibu bersiap nak pergi kerja.

ibu harap wani cepat boleh bercakap, boleh merangkak, berjalan dan sebagainya. ayah pun harap yang sama, especially bercakap sebab senang katanya. sekarang kalau dia meragam nak dengan ayah saja, kadang-kadang pening jugak ayah sebab tak tahu apa yang wani mahu .. :P

sempena nak raya ni, ibu berangan nak beli mesin jahit baru. mesin lama ibu yg dulu tu tak power la kan kan. kalau dapat mesin power sikit boleh la ibu start projek slipcover ibu yang ibu berangan dari tahun lepas tu kan.

kalau dapat mesin jahit tu soon enough, ibu nak start projek pertama ibu. baju raya nurul wani ^^. amin.. amin... aminnn!!!!! fuhhh!!!!!


up