menjahit, mengandung dan mitos.

Aku suka menjahit, atau itu yang aku fikirkan selama ini. Sebabnya kalau aku begitu suka mnjahit, mesti aku dah siapkan beberapa pasang baju yang kainnya dah aku beli sejak aku belom kawin lagi.


Tapi mesin jahit ni memang satu keperluan. Kita mungkin guna mesin jahit just kadang-kadang. Untuk mend baju kita yang tetas atau seluar yang terkoyak.  mungkin korang just buang je baju korang yang terkoyak tu or sorok dalam almari dengan doa yang 'suatu hari nanti' korang akan terbuka hati untuk repair balik baju tu kan ... hehe.



Sejak aku mengandung, aku teringin untuk jahit macam-macam. Tapi orang kat keliling aku baik jawa atau minang, kedua-duanya  tak kasi aku menjahit. Aku ni orang banjar. Apa agaknya pantang larang orang banjar kan?


Adik beradik aku semuanya 8 orang , 4 lelaki dan 4 perempuan. Kami 4 beradik perempuan semuanya menjahit, even abang aku yang nombor 3 tu pun menjahit. Aku ingat lagi dulu-dulu dia jahit sendiri repair seluar jeans dia semua.Tapi aku lah yang paling tak terer sebab setahun sekali pun aku susah nak menjahit. Khamis lepas aku call kakak aku yang kat terengganu dan tnya pendapat dia.

Pendapat dia, memang la orang mengandung tak digalakkan menjahit takut mengah nanti. aku pun ooooohhhhhhh....  Tapi kata dia, masa dia mengandung, dia jahit juga sarung bantal untuk baby baru dia. Yang jadi pantang tu ialah menjahit badan bantal tu sebab kaedah dia jahit sarung untuk kekabu, stuff in kekabu dan jahit tutup semua lubang... Yang tak boleh tu sebab menjahit kaedah tutup semua. Tak ada ruang rongga pada benda yang dijahit tu. Pelik kan? So, dia jahit sarung bantal je tak apa la kut sebab sarung tu bukan tutup habis, ada lubang lagi kan. Kata dia la...

So, cemana ni? Aku teringin jugak set tidur baby tu. Nak beli yang dah siap kan macam mahal je... kalau aku tau aku akan mengandung tahun ni, mesti aku dah jahit siap-siap kan. haha. Mana la nak tau, malang dan rezeki tu kan tak berbau. :)

Kalau ikut kepantangan orang jawa lagi berlambak-lambak pantang dia. Itu tak boleh, ini pun tak boleh. Mummy ( my MIL ) orang jawa, tapi bagi dia boleh je semua. Tiap kali dia mengandung, dia kata dia suka minum air gas. Aku dengar je, cam nak terbeliak mata aku. Aku takut nak sentuh semua tu. tapi tak de lak apa effect aku tegok, Bf aku dan adik-adik dia sihat je cukup sifat. Entah la.

Biras aku pun jawa, tapi kalau ikut dia banyak yang tak boleh. Kerat kaki ayam tak boleh, so aku tak de la kerat ... aku ketuk. haha. Melompat dia bila dia tau aku wat camtu. Dia kata itu pun tak boleh. Lepas tu jalan bawah ampaian pun tak boleh. Aku tak faham la kenapa tak boleh. Abih kalau dah tak de jalan lain cemana? Yang mana aku dengar cam ada logik tu aku ikut la. Yang aku rasa cam tak de asas tu aku abaikan je kot. Sebelum aku mengandung, biras aku ada mintak aku tolong jahitkan barut anak dia tapi bila dia dapat tahu je aku mengandung terus dia tak kasi jahit langsung.

Aku bukan la seorang yang superstitious, aku biasa-biasa je. Tapi sebab ni kandungan pertama aku jadi agak berjaga-jaga. Alahai..tak sabarnya nak menjahit :)









0 comments:

Post a Comment


up