Apa nak buat ni?

Cuti sekolah dah nak masuk seminggu, tapi aku masih belum balik kampung ataupun rumah aku sendiri. Duduk dirumah mummy membuatkan aku asyik tengok tv atau tv tengok aku (tolak rutin harian yang lain).

Aku tengok hampir semua benda. Aku dah layan cerita Syahjihan, Noktah erna, drama tv1, cerita mandarin ToGetHer termasuklah drama-drama ulangan di tv3.

Aku dah kurang duduk di internet sebab masa-masa itu aku dah guna untuk tengok tv atau tv tengok aku.

Aku tak boleh memandu sebab aku tak reti. Kalau aku boleh memandu mesti aku dah pergi window shopping. Tapi kalau betullah aku boleh memandu mesti bf aku tak bagi sebab dalam perut aku ada orang.

Aku teringin nak jahit slipcover untuk sofa aku di rumah. tapi dalam 10 orang yang aku tanya, 9 orang berpendapat yang aku tak boleh menjahit sebab dalam perut aku ada orang.

Aku nak mencuba buat cupcakes yang cantik-cantik. Tapi itu semua sangat manis. Manis melecaih dan aku pula berdarah manis. Doktor pakar yang aku jumpa Isnin baru-baru ni pesan supaya aku banyak-banyak bersabar kerana dalam perut aku ada orang...

Bf aku sangat gigih bekerja akhir-akhir ini kerana dia ingin mencari rezeki untuk orang yang di dalam perutku dan tuan punya perut juga. Dia sangat penat jadi aku tak sampai hati nak ajak dia pergi mana-mana untuk buat apa-apa.

walaupun orang kecil itu sebenarnya di dalam womb, tapi aku sungguh suka menyebut dia di dalam perut :)

ok la , aku nak pi tengok tv.

0 comments:

Post a Comment


up