Fifth Scan

I went to the hospital today and something made me so happy.




The doc was kind enough to do a scan eventhough it was just last week that another doc did a scan.
Baby tu lompat-lompat lak. I was so happy and only later that i realized i had shed a tear.


menjahit, mengandung dan mitos.

Aku suka menjahit, atau itu yang aku fikirkan selama ini. Sebabnya kalau aku begitu suka mnjahit, mesti aku dah siapkan beberapa pasang baju yang kainnya dah aku beli sejak aku belom kawin lagi.


Tapi mesin jahit ni memang satu keperluan. Kita mungkin guna mesin jahit just kadang-kadang. Untuk mend baju kita yang tetas atau seluar yang terkoyak.  mungkin korang just buang je baju korang yang terkoyak tu or sorok dalam almari dengan doa yang 'suatu hari nanti' korang akan terbuka hati untuk repair balik baju tu kan ... hehe.



Sejak aku mengandung, aku teringin untuk jahit macam-macam. Tapi orang kat keliling aku baik jawa atau minang, kedua-duanya  tak kasi aku menjahit. Aku ni orang banjar. Apa agaknya pantang larang orang banjar kan?


Adik beradik aku semuanya 8 orang , 4 lelaki dan 4 perempuan. Kami 4 beradik perempuan semuanya menjahit, even abang aku yang nombor 3 tu pun menjahit. Aku ingat lagi dulu-dulu dia jahit sendiri repair seluar jeans dia semua.Tapi aku lah yang paling tak terer sebab setahun sekali pun aku susah nak menjahit. Khamis lepas aku call kakak aku yang kat terengganu dan tnya pendapat dia.

Pendapat dia, memang la orang mengandung tak digalakkan menjahit takut mengah nanti. aku pun ooooohhhhhhh....  Tapi kata dia, masa dia mengandung, dia jahit juga sarung bantal untuk baby baru dia. Yang jadi pantang tu ialah menjahit badan bantal tu sebab kaedah dia jahit sarung untuk kekabu, stuff in kekabu dan jahit tutup semua lubang... Yang tak boleh tu sebab menjahit kaedah tutup semua. Tak ada ruang rongga pada benda yang dijahit tu. Pelik kan? So, dia jahit sarung bantal je tak apa la kut sebab sarung tu bukan tutup habis, ada lubang lagi kan. Kata dia la...

So, cemana ni? Aku teringin jugak set tidur baby tu. Nak beli yang dah siap kan macam mahal je... kalau aku tau aku akan mengandung tahun ni, mesti aku dah jahit siap-siap kan. haha. Mana la nak tau, malang dan rezeki tu kan tak berbau. :)

Kalau ikut kepantangan orang jawa lagi berlambak-lambak pantang dia. Itu tak boleh, ini pun tak boleh. Mummy ( my MIL ) orang jawa, tapi bagi dia boleh je semua. Tiap kali dia mengandung, dia kata dia suka minum air gas. Aku dengar je, cam nak terbeliak mata aku. Aku takut nak sentuh semua tu. tapi tak de lak apa effect aku tegok, Bf aku dan adik-adik dia sihat je cukup sifat. Entah la.

Biras aku pun jawa, tapi kalau ikut dia banyak yang tak boleh. Kerat kaki ayam tak boleh, so aku tak de la kerat ... aku ketuk. haha. Melompat dia bila dia tau aku wat camtu. Dia kata itu pun tak boleh. Lepas tu jalan bawah ampaian pun tak boleh. Aku tak faham la kenapa tak boleh. Abih kalau dah tak de jalan lain cemana? Yang mana aku dengar cam ada logik tu aku ikut la. Yang aku rasa cam tak de asas tu aku abaikan je kot. Sebelum aku mengandung, biras aku ada mintak aku tolong jahitkan barut anak dia tapi bila dia dapat tahu je aku mengandung terus dia tak kasi jahit langsung.

Aku bukan la seorang yang superstitious, aku biasa-biasa je. Tapi sebab ni kandungan pertama aku jadi agak berjaga-jaga. Alahai..tak sabarnya nak menjahit :)









Aku dah pulang

My home ... huggsss.!!

Bestnya duduk di rumah sendiri. Walaupun tak seberapa tapi ok la.

My home is all cluttered, just like when i left it before. Tapi aku tak nak la paksa sangat badan aku untuk kemas sekaligus. Aku angkat sikit2 dan rehat banyak2 hahaha...

My main goal is the rooms sebab katil kat ketiga-tiga bilik tu need mending. Maklum la murah-murah je masa beli tu. kayu tipis jerk. Kayu pelapik tilam tu semua pun tersangkut sikiiiit je kat katil. so kalau duduk tak kena gaya pun, kayu pelapik tu terjatuh. masa orang tu install pun aku dah tak puas hati, menyesal pulak kenapa masa kat kedai perabot tu aku terlepas pandang pasal hal ni. aku tak kisah la kalau murah tu sebab bahan tu murah, tapi tak nak la sebab bahan yang dia gunakan tu 'pendek' dari yang sepatutnya.

hari ni aku berbual dengan Liz, kawan yang aku kenal melalui alam maya. dah bertahun kami berkawan. Sebab aku dah jarang online, kami pun dah jarang berbual. Khabarnya dia dah makin gigih menjahit.


Dia jahit sendiri beg tu. Bangganya aku ada kawan yang pandai menjahit ni. Ni yang aku bertambah tak sabar nak tunggu baby aku keluar. :) Maybe bag tu pun untuk di jual juga. Kalau nak tahu boleh la singgah di blog liz.

Liz pun pandai buat jewelry sendiri. Kalau kamu suka gelang dari beads and crystal... memang patut kamu cuba lihat sendiri di sini.

My fav of her creations is this one!



Gelang ni memang nampak biasa je, lagipun memang taste aku camtuh tak de yang too attracting. Aku dah test pakai gelang tu dan rasa sedap betul di atas pergelangan tangan sebab beads dia rapat-rapat. Liz buat custom order juga taw.

Apa nak buat ni?

Cuti sekolah dah nak masuk seminggu, tapi aku masih belum balik kampung ataupun rumah aku sendiri. Duduk dirumah mummy membuatkan aku asyik tengok tv atau tv tengok aku (tolak rutin harian yang lain).

Aku tengok hampir semua benda. Aku dah layan cerita Syahjihan, Noktah erna, drama tv1, cerita mandarin ToGetHer termasuklah drama-drama ulangan di tv3.

Aku dah kurang duduk di internet sebab masa-masa itu aku dah guna untuk tengok tv atau tv tengok aku.

Aku tak boleh memandu sebab aku tak reti. Kalau aku boleh memandu mesti aku dah pergi window shopping. Tapi kalau betullah aku boleh memandu mesti bf aku tak bagi sebab dalam perut aku ada orang.

Aku teringin nak jahit slipcover untuk sofa aku di rumah. tapi dalam 10 orang yang aku tanya, 9 orang berpendapat yang aku tak boleh menjahit sebab dalam perut aku ada orang.

Aku nak mencuba buat cupcakes yang cantik-cantik. Tapi itu semua sangat manis. Manis melecaih dan aku pula berdarah manis. Doktor pakar yang aku jumpa Isnin baru-baru ni pesan supaya aku banyak-banyak bersabar kerana dalam perut aku ada orang...

Bf aku sangat gigih bekerja akhir-akhir ini kerana dia ingin mencari rezeki untuk orang yang di dalam perutku dan tuan punya perut juga. Dia sangat penat jadi aku tak sampai hati nak ajak dia pergi mana-mana untuk buat apa-apa.

walaupun orang kecil itu sebenarnya di dalam womb, tapi aku sungguh suka menyebut dia di dalam perut :)

ok la , aku nak pi tengok tv.

my fourth scan



tunggu punya tunggu punya dok menunggu..
itu la kerja aku dan bf ku semalam di hospital serdang.

sampai-sampai je aku terus gi klinik o&g - dah tnya bf aku sbelum aku turun kereta.

BF: Ayang turun la dulu, abang gi cari parking.
Ain : Terus pegi O&G ke?
BF : A ah.

Aku pun terus masuk klinik O&G , pegi kaunter, letak buku appointment aku dalam bakul atas kaunter tu.

Menunggu #1

Nama aku dipanggil. Dia dah bagi nombor tapi aku disuruh keluar.

Aku terlupa nak daftar : P. Aku tak tau kena daftar tu kat luar.

So aku pun gi la amik nombor untuk daftar.

Menunggu #2

Bf aku menunggu dengan aku @ tidur. Sampai giliran aku ke kaunter pendaftaran. Lepas tnya aku itu dan ini, dia cop label 'kakitangan kerajaan' kat buku kecikku. Oh. Tak payah bayar juga. Sebab kali pertama. ( Meymang la kali pertama, kalau tidak takkan la aku tak tentu hala je hari tu)

So aku gi balik ke klinik O&G

Menunggu #3

Bila aku masuk balik, ada talk untuk kempen penyusuan bayi tapi dah nak abih. Tak da sape yang bertnya soalan. Perut sangat lapar. Aku call bf aku yang tengah lentok kat luar minta dia belikan biskut.Nombor naik dan aku pergi untuk check berat dan Blood Pressure. Aku dah naik 6 kilo sejak aku tau aku peknen. BP ok..

Menunggu #4

 lepas tu bf aku datang meneman/menunggu kat dalam klinik O&G.

Bf aku kata Nurse kat kaunter tu panggil nama aku. Aku pun pegi. Rupanya bukan. Cis cis cis

Menunggu #5

Masuk bilik doktor untuk scan. Oh aku kena pegi check sugar level dulu. Aku pegi kat bahagian belakang corridor ke bilik paling hujung. Aku penah gi situ masa buat BSP dulu. Tapi takde nurse kat situ. Ada 2 ibu tengah menunggu, tak tau apa yang diorang tunggu- takde mood nak tnya.

Menunggu #6
Aku penat la tunggu. BF aku pun dah menunjukkan perasaan jemu menunggu menerusi gerak tubuh dan sedikit bunyi single syllable beberapa kali seperti 'Uh" "Ish" dan "hmmmmppppp". Hehe. So aku gi balik jumpa doktor tadi dan bagitau dia - tak de orang la kat belakang. Dia tengah bercakap dengan seorang nurse dan terus dia minta nurse tu tolong aku. :D Akhirnya...

Oh no. Glucometer buat hal. Lepas insert blood strip ( blom ada blood), tak kuar apa-apa kat screen dia. bateri abih pulak. Nurse tu suruh tunggu.

Menunggu #7

Eh, doktor datang panggil aku kat bilik belakang tu, dia ajak scan dulu sebab nurse tadi akan lama.
Perasaan nervous ada sikit-sikit. Bila scan umur dia 8 minggu 5 hari. Ada degupan jantung. Doktor tu activate graf bunyi kat screen tu. Waa.. ( kagum dan terharu ). Bf aku tak leh tengok lak, doktor tu tak ajak pun. Aku tak sempat ajak, dia dah off device tu. Image pun dah takde.

Ada member aku yang tak suka pegi hospital kerajaan sebab kena menunggu lama. Ye la.. orang kan ke ramai. tapi takpe la, kemudahan dah ada takkan nak bazir-bazir duit lak :) Lapipun layanan dia boleh tahan, duk senyum je kat kita. Ok la walaupun kena tunggu.

Wah cuti sekolah is here .. ^^

Seronoknye sebab hari ni hari last berkerja sebelum bercuti selama 2 minggu.

10 Jun -   Khamis minggu depan exam PTK kat sekolah dusun nanding.

12 Jun - Birthday aku :D + kenduri kawen sepupu bfku.

Lepas tu nak balik kampung ( amin......!!!!! )

Malam ni bf aku balik rumah kami, nak mengemas katenye. Aku nak tolong tapi dia kata tak yah takut jadi apa-apa kat aku. Bestnye bf aku baik hati :)
Maybe esok kami balik rumah sendiri. Memang aku dah rindu sangat-sangat rumah sendiri walaupun aku suka duduk rumah mummy sebenarnya.

Second Life dot Com

Aku bukan la gamer yang hantu sangat, cuma kalau aku jumpa game yang sesuai dengan citarasa aku, memang aku akan addicted. Aku bukak akaun kat secondlife.com sejak 2007.

Kalau korang pernah main The Sims, konsep dia lebih kurang macam The Sims online la. Ada community untuk kita connect dan boleh generate duit juga. Matawang yang digunakan ialah Linden Dollars. Boleh convert ke UsD seterusnya ke RM.

Harga jual beli Linden - matawang lain berubah-ubah. Ini aku ambil dari sini.

Linden Dollar rate Sale 03.06.2010
1.00 EUR
401 LD


1.00 USD
319 LD


1.00 GBP
467 LD


1.00 CAD
300 LD


1.00 AUD
263 LD


1.00 CHF
273 LD


100.00 JPY
343 LD







Ini ialah blog aku untuk Secondlife.com. Ini lah cara aku cari duit. Aku cari duit dengan skala kecil je, dan tak la serius sangat, lagipun aku tak ada kelapangan yang melampau-lampau untuk aku duduk situ je sekarang ni. Bf aku pun join Secondlife (SL), tapi dia biasalah... dia suka bersukan so dia join sailing community kat SL tu. Some of the people in the sailing community in SL tu adalah real life sailors. Aku minat tengok je, sebab aku memang bukan kaki sukan. Sebab itu juga la aku jatuh cinta dengan dunia fashion.


Ada banyak pilihan pekerjaan yang boleh kita lakukan untuk generate duit. Macam real world. Ada banyak juga syarikat-syarikat yang communicate menggunakan secondlife.com ni termasuklah institusi-institusi pengajian. Cuma in-world life ni tetap berisiko untuk kena tipu, jadi hati-hati la.

Dua gadis di bawah ini adalah gadis-gadis dari Malaysia.

Mesin jahit ku

Aku kena repair mesin jahit sebelum aku boleh menjahit semula.


Mesin jahit aku sebijik macam ni, walaupun gambar tu aku cilok orang lain punya sebenarnya. Aku tak la mahir pasal mesin jahit ni tapi benda alah yang bulat pelaras jarak jahitan tu dah ting-tong. Dia jadi satu jarak je. Aku ada 4 pasang baju kurung yang tak siap-siap dari 6 tahun lepas sebab mesin jahit aku yang tak hebat ni. Walaupun camtu, aku gigih jugak jahit langsir sendiri masa nak masuk rumah baru 2 thun lepas. Problem nya, kalau nak jahit kain tebal jaraknya jadi rapat-rapat sangat.. kadang-kadang jarum pun patah. Aku tak pasti la kat mana kat area bangi ni kedai yang boleh repair mesin jahit. Hurmm :/

Aku ada jugak rasa cam nak beli mesin jahit baru.

up