tecik je




Ada heartbeat :) :) :)
syukur ... usianya 8 minggu.

first maternity shopping

petang semalam aku berjaya mengajak bf ku jalan-jalan ambil angin di shopping complex. haha. tempat yang dia memang tak gemar untuk jalan-jalan ambil angin.

aku teringin nak beli buku untuk exam PTK - so aku ingat kalau pegi kedai buku Popular maybe jumpa la kut.

so kami saje jalan-jalan kat taman equine.

 aku dah lepas 1 paper - tinggal lagi 1 paper belum dapat cemerlang. huhu. aku dah ada satu buku yang memang aku baca tapi sebab tahun ni macam ada syllabus baru...so aku pun teringin nak beli buku baru jugak. Memang aku dah sampai kat dalam kedai buku Popular, tapi aku tak jumpa buku yang aku nak tu. jadinya, aku pun keluar la dari kedai buku tu tanpa beli apa-apa. haha. perkara biasa yang aku lakukan.

lepas tu aku saje je masuk jusco - ingat nak cari seluar maternity. tengah sale rupanya. aku pun beli la seluar maternity yang murah-murah.


yang aku nak tergelaknya.. bf aku pulak yang teruja tengok baju-baju cantik kat situ. aku tak pernah tengok seluar maternity sebelum ni, so aku agak jakun. tapi tak sangka... bf aku lagi teruk. dia gi selak baju kat mannequin tu sebab nak tengok cemana upper part tu stretch. sib baik patung, kalu hidup cam cerita cendana kat tv3 tu mampus aku. x_x

lain yang dicari ... lain yang dibeli....
tapi tak pe la. barang yang aku beli tu memang nak digunakan pun :)

tak lama lagi boleh shopping baju baby pulak. yay...

lepas tu beli buku ni


aku nampak buku ni kat popular. kat dalam ada gambar ukuran untuk setiap fesyen baju. macam best je...

dah nak cuti la beb

Minggu ni aku kembali ke tempat kerja dan minggu ini juga exam pun bermula. Budak-budak kelas baik biasalah agak nervous dan takut kalau tak perform. Asyik tnya soalan apa yang masuk. Aku prepare soalan utnuk kertas 1 sahaja kali ni. Sebelum aku masuk wad hari tu, gigih bf kesayangan aku tolong ambilkan kertas peperiksaan dan staplerkan. Memang dia banyak berkorban dalam hidup kami.

Ramai kawan sekerja yang ngeri je bila dengar aku kena inject diri sendiri 4 kali sehari. Banyak la yang kami bertukar cerita. tapi satu je yang aku lupa, lupa nak tnya tentang sambutan hari guru tempoh hari.

Kalau kerja kita stressful, memang nikmat la bila kita dapat bercuti dan melupakan seketika tentang apa-apa yang berkaitan dengan kerja. ada yang lega sebab tak payah fikir pasal workload, pasal member tempat kerja yang tak ngam, pasal boss yang cekik darah, bla bla bla...

aku lega sebab dapat luang masa banyak dengan keluarga. aku suka duduk di rumah... dan boleh la aku rest dan baby dalam perut pun boleh rest. sejak mengandung ni, kadang-kadang aku perasan yang bercakap pun aku penat. padahal perut aku tecik je lagi. Bulan depan dah cuti mid year. tapi paling tak sabar tunggu cuti hujung tahun. Tak sabar nak bersalin.

Cuti ini aku ada beberapa program, itupun kalau tak ada aral yang melintang. sepupu bf aku nak kawen 12 hb Jun ni. sama dengan birthday aku. lepas tu abah aku suruh balik Perak. jalan jauh tu... aku agak takut kalau boleh effect kat kandungan.




Permudahkanlah segalanya untuk aku, amin ya rabbal alamin...

Hospital, hospital, hospital...

Esok aku kena warded. Alahai nasib lah. Aku kena start guna insulin esok.

Aku takut dengan jarum, even nak test gula pun aku seram. Aku mesti akan tutup mata akan tutup hidung, tahan nafas. Seram sangat kot. Ini kan pulak nak inject diri sendiri. Agak mengerikan. Tapi untuk aku dan baby, aku kena kuatkan semangat.

masa aku pegi check BSP hari tu, bacaan gula untuk pukul 10.00 mlm punya ialah 8.2 mmol/L. Tinggi tu. Petang tu memang aku bantai susu dutch lady 2 kotak, perisa coklat dengan strawberry. Lazatnya. Resultnya, hambik kau. Macam-macam pun aku makan sebenarnya. Walaupun aku pada dasarnya memang taknak masuk insulin tapi apa guna aku kawal masa nak buat BSP aje? lain waktu nanti aku makan suka hati pulak, effectnya pada baby jugak. Jauh di dalam diri aku, hmm biarlah amik insulin, aku bukan disiplin pun selama ni dalam bab kawal pemakanan. 

Pagi esok sepatutnya aku kerja pagi. Bila doktor tu bagi tahu result dia untuk aku guna insulin, dia terus tanya bila aku nak masuk wad. Aku cakap la aku nak masuk hari Selasa. LOL dia nak suruh aku masuk hari Ahad sebenarnya. Aku rancang nak pegi sekolah dulu pagi isnin tu sebab ada sambutan hari guru. Petang tu aku nak pegi buat kad ibu mengandung. Lepas tu, bila fikir balik aku rasa macam okaylah, masuk je lah hari Ahad ( hari ni la tu) . Alih-alih doktor tu kata, awak masuk hari Isnin lah, weekend ni awak enjoy la dulu. huhuuhh.. doktor tu macam sempoi pun ada dari gaya dia bercakap tu. Sampai aku lak lupa tanya berapa hari aku kena duduk wad.

Alahai, seronok la korang rakan-rakan ku esok pagi. First time muka aku takde time ambil gambar kenangan 2010. Takpe lah, aku enjoy kat hospital. Aku tengah fikir ni apa aktiviti aku nak buat kat hospital selain makan dan tidur.

Selamat Hari Guru untuk teacher ain.


Daisypath Anniversary tickers

seronoknya jadi mak yong

aku bakal jadi ibu. aku adalah mak buyong. :D

Memang dah lama aku menunggu saat ini akhirnya ia datang juga. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah turut mendoakan aku dan bf ku supaya mendapat zuriat sendiri.

Selama ini aku memang teringin. Cemburu bila tengok orang lain bawak perut yang memboyot-boyot. Tapi aku tak la fikirkan sangat. kadang-kadang tu ada la tekanan sikit-sikit.

Semalam aku pergi hospital serdang untuk buat scan kali pertama dan untuk mengetahui status aku sebagai ibu mengandung yang diabetic. masa tu dah pukul 11 a.m. lebih. Doktor tu memang dramatik, tak padan dengan lelaki, dia marah sebab aku belum guna insulin. Mana aku taw... tak de sapa pun yang cakap. lagipun doktor yang sahkan aku mengandung tu yang bagi pil-pil tu untuk aku makan sehingga aku jumpa doktor kat hospital. aku makan lew.
Doktor ni siap  cakap yang glucophage tu akan bagi kesan yang tak baik kepada fizikal bayi. Doktor tu guna perkataan 'cacat' okay.. aku dah kecut perut time tu Tuhan je la yang tahu. Doktor kat klinik hari tu kata ubat tu takde effect, boleh teruskan makan. Mana aku tawww!!!!

lepas tu dia suh aku test air kencing. kendian dia kata dia akan panggil aku semula pukul 12.00 tgh. so okayla, aku dgn bf aku gi la hantar mummy ( dia pun ada appointment dgn doktor jantung ) balik sebab dia dah lama dah siap.

aku ni dah menangis berjurai-jurai.. beriver-river... sebab takot.

sampai balik ke hospital dah 11.40 a.m. , rupanya doktor tu tengah cari aku. berkumandang nama aku kat P.A system hospital tu. huhuuh.. tak dan nak berhenti pun, terus je aku masuk bilik tadi.

Terus dia tnya aku nak scan tak. Mestila nak kan.. nurse yang baik hati tu pun bawak aku gi bilik scan. Kali ni doktor lain lak bantu aku. Doktor perempuan.

Aku pun baring kat katil kat situ, bersedia untuk di scan. ( Bf aku sure tak jumpa cari aku sebab dia gi parking keta ). Sambil-sambil tu doktor dan nurse tu interview aku. macam-macam jugak yang diorang tnya. Then, doktor tu suruh aku stop glucophage dan daonyl. Dia kata metformin tu takkan effect bayi pun, cuba badan aku yang tak akan berfungsi dengan baik sebab bergantung dengan ubat. Lebih kurang macam tu la kata dia. aku lega selega-leganya... fuhh!!

Lepas tu doktor tunjuk imej yang ada pada monitor.

Anak aku. teciknya.. kalau doktor tak tunjuk, aku pun tak taw yang mana sebab imej kat monitor tu macam berlumut jah... Tapi tu la tu.. anak aku ^^ ... aku pun slow-slow kata.. ' halooo' sambil sengih sengih sendiri. Usia dia 4 minggu kata doktor. Alhamdulillah, dia duk kat tempat yang sepatutnya dia duk.

Bila dah sudah jumpa bf aku, dia dah duk kat luar. Frust je dia sebab cari aku tak jumpa. tak dapat la dia tengok. Bukan leh print pun kat situ.

Hari ni aku kena pergi lagi sebab kena buat BSP ( Blood Sugar Profile ) 4 kali.

Bacaan pada 8.00 pagi - 6.8 mmol

Bacaan pada 12.00 tgh - 8.3 mmol

Bacaan pada 6.00 ptg - 5.1 mmol

Bacaan pada 10.00 mlm - Belum tau lagi.

Sekarang aku nak sambung tengok Malaysia vs China yang sungguh mendebarkan. Dato dah kalah dah ha, terpulang la kat ahli pasukan yang lain.

Minat dan Cabaran

Tempoh hari (yang dah agak lama la jugak) saya jumpa Cikgu F, cikgu Seni kat sekolah saya. F ialah guru baru, muda. Dia memang jurusan fine arts dulu masa kat Uni, jadi memang dia tu fresh graduate yang sarat dengan ilmu ( yang mungkin tak sabar-sabar nak di kongsi dengan anak-anak muda masyarakat kita).

Keadaannya, di sekolah kami ni, pelajar yang mengambil jurusan Seni ialah yang kebanyakannya sebab tak layak ambil jurusan lain.. yang selebihnya tu baru la yang kalau tak minat Seni pun tapi ada kebolehan untuk menghasilkan karya seni dan sebagainya. jadinya faham-faham aja la cabaran untuk guru yang macam f tu; pelajar dah besar ( takmo dengar kata segelintirnya ), bakat pun mungkin terhad. Dengan ponteng, dengan bising, dengan tak peduli pun pasal kerja kursus untuk SPM. Semangat F tadi mungkin dah fell into the drain. huhuhu...

saya dulu-dulu masa baru bermula, saya kena hantar ke sekolah lama saya. Masyarakat bandar kecil - lebih kurang pekan ( tapi kampung saya tu tak de la hulu.. bukan tempat jin bertendang ok..). majoriti pelajar kat sekolah tu ialah melayu... type nampak students cakap english mesti nak jeling or kata "macam good-good." So, remaja kan.. cakap mak bapak pun taknak dengar, ini kan pulak cakap cikgu. diorang lagi suka dengar cakap kawan-kawan. peer pressure .. hhuuhu. so even cemana pun saya motivate diorang untuk bercakap menggunakan Bahasa Inggeris.. last last motivation ke mana.. english tetap takat tu jugak.

Pendidikan Seni adalah satu pilihan. samada ianya pilihan sendiri atau pihak pentadbir yang 'tolong' pilihkan untuk mereka. Manakala Bahasa Inggeris pula bukannya satu pilihan. tak de pilihan untuk tak nak ambil subjek tu untuk apa-apa peperiksaan awam. Walaupun begitu, pilihan atau bukan pilihan, tugas guru ialah untuk mendidik, mengajar dan untuk meningkatkan gred ( parents yang kata ).

Ada ramai guru yang macam saya atau F. Kami memang terlatih, dan kami memang suka apa yang kami buat. Passionate. tapi bila berdepan dengan students yang macam saya sebut tadi.. guru-guru passionate macam kami akan kelihatan syiok sendiri.. huhuhu sedih doh.. -.-'

Untuk masyarakat di luar sana tu... jangan la judgmental sangat kat kami guru malaysia ni. ramai yang kata kami kerja separuh hari, gaji nak banyak pastu asik cuti.. cuti.. cuti.. gaji jalan. Hanya orang yang tak pernah jadi cikgu saja yang ada pengetahuan cetek macam tu.

Ada ramai professionals yang terpaksa bawak kerja pulang kerumah dan juggle kerja di pejabat dengan kain baju yang tak berlipat dan anak yang kuat memanjat di rumah. Guru adalah salah seorang dari mereka. Semua kerja ada kesusahan yang tersendiri. Secara lojiknya semua orang nak cakap kerja diorang paling susah even homemaker pun nak buat statement camtu. kita tak akan tahu kerja guru ni senang atau tidak kecuali kita pernah menjadi seorang guru.

Anak anda dapat C untuk English? Eh, kan memang belajar English dari darjah 1 (atau tadika), kenapa dah lama belajar tapi tak pandai-pandai ek? Anda hantar tuition pulak tu...


mungkin cikgu tu tak pandai mengajar ( sengih ).
mungkin juga anak anda asyik mengelamun dalam kelas (hormon remaja).
mungkin anak anda tak siapkan kerja rumah (no drilling... new lesson soon to be forgotten)
ataupun mereka mempunyai mentality yang macam seorang ni yang menganggap menggunakan Bahasa Inggeris bermaksud tidak memartabatkan Bahasa Melayu.




Zee Avi, penyanyi dari Malaysia yang melakukan debutnya di YouTube dan disambar oleh syarikat rakaman luar negara baru-baru ini di kritik kerana dia 'lebih' menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

Bahasa memang melambangkan bangsa.. tapi siapakah orang di Malaysia yang telah menobatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua? ( dan mewajibkan semua anak-anak disekolah untuk mempelajarinya? ) There is no language that you can master without practising it. Nak suruh anak-anak ini cakap dengan siapa kalau bukan dengan khalayak? untuk mereka meningkatkan gred, mereka kena lebih banyak menggunakan bahasa tersebut.. i.e. Bahasa Inggeris. Bukan hanya bergantung kepada waktu matapelajaran Bahasa Inggeris yang cuma kurang daripada 4 jam seminggu.

hehe Zee Avi pun menghadapi cabaran juga inspite of minat dia yang mendalam dalam bidang yang dia pilih sendiri. Passionate.. you alls!

Walau siapa pun anda, guru ke, penyanyi ke, atau pencuci cermin bangunan sekalipun, setiap pekerjaan kita masing-masing ada cabaran yang tersendiri.

Jangan bersikap menghakimi sangat okayy ... :)

Rindu rumahku

i miss my home terribly.

sejak mummy masuk hospital, aku dgn bf dah stay kat sungai merab semula. seingat aku, baru 5 kali balik kot... ni dah 2 minggu tak balik. apa jadi tah kat rumah aku. kak idah pulak maybe nak datang visit just aku yang belum balik-balik rumah sendiri.

pokok-pokok aku mesti dah kering layu. belakang rumah pulak mesti macam hutan. kesian kakak yang tinggal kat atas rumah aku, kalau kasut anak dia jatuh ke stor aku cemana dia nak amik...

aku suka tinggal dengan mummy sebab kat sini kedai dekat. aku pun tak kisah masak untuk family kalau aku tak penat. kalau duduk rumah sendiri kedai jauh... aku gigih jalan pun kalau pegi pasar malam je, pegi balik + waktu membeli, habis la setengah jam baru sampai rumah. masak pun boleh kata tak pernah, hari-hari bf aku beli makanan atau bawak balik dari kedai mummy. ( ye la.. kutuk la.. )

kat rumah sendiri aku agak sunyi la, hari-hari pun duk kat secondlife bila bf aku takde. kalau dia ada pun aku duk kat secondlife gak. bila dia balik rumah dia dah memang penat. masa tu dia buat 2 kerja. communication pun limited.. kalau silap cakap dah jadi gaduh pulak. so duk diam-diam je la. kadang-kadang aku rasa distance bila aku ada dengan dia.

Tapi sekarang aku rasa kami balik seperti sedia kala time aku dengan dia still dating. Kami selalu bergurau, selalu outing. kalau tak pergi berdua, kami ajak ika sekali. dia pun memang suka. semua sebab aku dan bf duk dengan mummy. bf pun cuma buat 1 kerja sekarang, dan masa tak terbuang atas highway pegi balik sg merab - bandar seri putra.


Tapi bak kata orang rumahku syurgaku.

Aku tak sabar nak balik rumah dan remodel everything. Agak jemu juga dengan apa yang ada di ruang tamu. aku nak menabung untuk remodel sofa. itupun aku nak kira budget dulu. kalau boleh nak tukar sarung yang lebih praktikal dari sekarang ni. kalau benci sangat aku nak jual je kat murah dot com. Jual murah-murah. janji boleh tukar look kat ruang tamu.

up