dah nak cuti la beb

Minggu ni aku kembali ke tempat kerja dan minggu ini juga exam pun bermula. Budak-budak kelas baik biasalah agak nervous dan takut kalau tak perform. Asyik tnya soalan apa yang masuk. Aku prepare soalan utnuk kertas 1 sahaja kali ni. Sebelum aku masuk wad hari tu, gigih bf kesayangan aku tolong ambilkan kertas peperiksaan dan staplerkan. Memang dia banyak berkorban dalam hidup kami.

Ramai kawan sekerja yang ngeri je bila dengar aku kena inject diri sendiri 4 kali sehari. Banyak la yang kami bertukar cerita. tapi satu je yang aku lupa, lupa nak tnya tentang sambutan hari guru tempoh hari.

Kalau kerja kita stressful, memang nikmat la bila kita dapat bercuti dan melupakan seketika tentang apa-apa yang berkaitan dengan kerja. ada yang lega sebab tak payah fikir pasal workload, pasal member tempat kerja yang tak ngam, pasal boss yang cekik darah, bla bla bla...

aku lega sebab dapat luang masa banyak dengan keluarga. aku suka duduk di rumah... dan boleh la aku rest dan baby dalam perut pun boleh rest. sejak mengandung ni, kadang-kadang aku perasan yang bercakap pun aku penat. padahal perut aku tecik je lagi. Bulan depan dah cuti mid year. tapi paling tak sabar tunggu cuti hujung tahun. Tak sabar nak bersalin.

Cuti ini aku ada beberapa program, itupun kalau tak ada aral yang melintang. sepupu bf aku nak kawen 12 hb Jun ni. sama dengan birthday aku. lepas tu abah aku suruh balik Perak. jalan jauh tu... aku agak takut kalau boleh effect kat kandungan.




Permudahkanlah segalanya untuk aku, amin ya rabbal alamin...

0 comments:

Post a Comment


up