Cendol tapai

kamu pernah tak makan cendol tapai?

saya dah pernah rasa. sedap juga.
tapi saya setia dengan cendol pulut walaupun saya sangat suka tapai pulut. saya cuma suka tapai pulut sahaja. mak teh saya memang hebat buat tapai pulut nie. nasi pulut kepal tu dibalut dengan daun keladi dan disimpan beberapa hari. buat tapai ni banyak pantang larangnya. salah satu yang saya masih ingat, pembuat tapai dilarang bercakap atau mendengar perkara-perkara yang tak baik dan busuk. akibatnya tapai akan rasa masam.

Cerita lain

semalam anak buah saya yang cuuuute telah telefon saya. dia bagitau saya yang dia telah digigit binatang (itu yang dia sebut). kesian dia. suara dia pun macam orang sakit. semoga cepat sembuh, Farah.

0 comments:

Post a Comment


up