Panas

ahad saya adalah sangat panas. panas luar dan dalam ye. bila sangat panas, kepala saya mula nak migrain, hormon kacau bilau, dan muka saya naik banyak kedut. Jadi saya cepat nak terbakar. Jangan la di spray minyak tanah kepada saya. Kamu mungkin dijilat api.

Saya teringin hidup di cuaca yang cool cool breeze. mesti saya tak ada migrain, hormon OK dan kulit tegang. Jadi saya tak akan ada masalah dengan sesiapa.

Ye lah, blame it all on the weather. memang lah. saya tak nak menyalahkan diri sendiri yang inflammable ini. lagipun semuanya memerlukan dua pihak. Juga, manalah larat untuk menjadi air dan menyimbah api yang sedang marak pula setiap kali. kalau saya ini sebuah kolam air pun, mungkin saya akan menjadi kolam air panas kerana dasar yang berapi api.

memang lebih mudah menjadi api. lagi pun api saya bukan bahaya sangat, sama macam api lighter. kalau tekan gas, menyala. kecik je. kalau lepas gas tu, padam la.

lepas tu saya boleh jadi cooler daripada aiskrim.

0 comments:

Post a Comment


up