life on its rising actions

last weekend was a superb!

seronoknya makan angin berhari keluarga bersama keluargaku dan keluarga Manja, plus adik iparku. dari pagi gi tengok dragon boat race kat putrajaya, sebelah petang pergi mines, malam pula di I-city. 

ada kawan me and my boyfriend masuk race tu, tapi on Sunday race dia dah habis. so, dia ada masa la nak terangkan macam2 kat kami yang first time tengok ni. ty Bonet Merah sebab entertain kitorang dengan penuh sabo.


disebabkan anak buah aku yang bertuah tu,( nama pun Tuah muhammad al-iman, ) seronok nak main air kat sandbox kat tengah tengah panas dekat tempat race tu, so babahnya pun mengajak la pergi MINES main air kolam kat Splash Park. 


dah dekat mines, rasa cam tak puas lagi berjalan, ke mengajak pulak diorang pergi I-city. kat sana puas jugak la explore , cuma snowalk je tak masuk.. huhu next time. bila wani tak selesema okayy...


semua penat, semua happy.

nurul wani cukup 10 bulan hari ni. skills ... masih menjulur, blom angkat punggung lagi time merangkak kan. suka mengutip barang dan masuk mulut... suka selak buku... suka dengar azan... dah pandai panggil 'ayah' .. (ibu blom pandai sebut), pandai main peek-a-boo. apa lagi ek? humm.. ok la itu je la setakat ini.


*** 



every mistake done must be corrected from the start. too bad if it becomes a chain of errors. it'll be too hard to handle.

Nurul dan ibu

Ibu pernah terfikir wani lebih hargai ayah. Sebab wani nangis kalau nampak ayah kan? Kalau nampak ibu wani wat dek je.

Tapi tiba tiba minggu ni lain, wani bising kalau ibu bangun dan pergi mana mana. Dari hujung minggu lepas ibu perasankan itu.

Tak de apa yang ibu boleh komen. Hehehehehhehehe......

aku cuba. - (sajak sakit hati)

aku juga pandai marah
aku juga pandai marah
aku juga pandai marah.

aku tau aku tak perfect.
aku bersalah kerana selalu cuba memahami.
bila aku terlalu banyak berfikir tentang pelbagai what and if,
last last aku still dilihat bersalah.

aku mungkin tidak menggembirakan
aku mungkin membosankan
tapi aku juga ingin cari yang lebih baik
kalau kau tanya aku.

aku juga mahukan itu,
adakah kau memberi?
aku juga sukakan itu,
adakah kau mengetahui?

jangan sakitkan hati aku
kerana aku dan kau akan akhirnya saling membenci.

tapi kalau kau tak peduli
aku tau apa yang akan aku bawa bersama
dan pergi.

gigi susu nurul wani







rupanya lebih kurang seminggu lepas nurul wani demam bulan lepas, gigi susu bawah tumbuh 2 batang serentak. nak genap 7 bulan tempoh hari, alhamdulillah tak demam, cuma dedar waktu pagi je. kemudian selesema berlarutan.

sempena nak ramadhan ni, sabtu, ahad dan isnin ibu dapat cuti. wani dan ibu balik rumah mak teh kat banting.so wani have fun sebab sepupu dia boleh main dengan dia :) semalam gigi wani tumbuh lagi sebatang, kali ni gigi atas pula. yay for 3 teeth!

ibu dapat rasakan yang wani tak lama lagi akan bergantung pada anmum most of the time. ibu still akan menyusukan wani, tapi tak tau la produktiviti susu ibu waktu bulan puasa ni. rasa sedih jugak kalau tak dapat nak susukan wani sekerap yang setakat ini. i mean, dah la waktu bekerja tak dapat susukan dia.. humm, tak pe lah. janji wani sihat.

wani sekarang dok layan babytv. waktu wani bangun subuh hari ialah 5.am. most of the days.. kadang-kadang tu lebih awal lagi. kalau ibu pasang channel babytv, dapat la ibu bersiap nak pergi kerja.

ibu harap wani cepat boleh bercakap, boleh merangkak, berjalan dan sebagainya. ayah pun harap yang sama, especially bercakap sebab senang katanya. sekarang kalau dia meragam nak dengan ayah saja, kadang-kadang pening jugak ayah sebab tak tahu apa yang wani mahu .. :P

sempena nak raya ni, ibu berangan nak beli mesin jahit baru. mesin lama ibu yg dulu tu tak power la kan kan. kalau dapat mesin power sikit boleh la ibu start projek slipcover ibu yang ibu berangan dari tahun lepas tu kan.

kalau dapat mesin jahit tu soon enough, ibu nak start projek pertama ibu. baju raya nurul wani ^^. amin.. amin... aminnn!!!!! fuhhh!!!!!

Bermula dari sabtu lepas hingga ke jumaat semalam, wani demam panas dan sedikit selesema. Menginjak ke khamis badan dia makin panas sampai doktor ambil sample darah dan rehydrate.

Wani cukup umur semalam, jumaat 24 hb. Dan hari-hari ibu doakan semoga wani dapat develop sifat sifat baik physically, emotionally, intelectually and spiritually.

Cuti sekolah

favorite entri untuk ditaip ialah tentang cuti sekolah.

esok last day sebelum cuti 2 minggu. banyak kertas yang hendak ditanda dan harap masa yang ada cukup.

kat sekolah baru ni saya kena ajar 2 kelas form 1, 2 kelas form 2 dan 1 kelas form 5. rahmat sangatlah sebab Allah sayangkan saya kan, baru saya dapat kelas-kelas tu semua. 4 daripada 5 kelas-kelas tu susah nak faham English. yang cakap yes, no, alright, good morning and i love you aje. hehehhe.

alamak nak kena balik dah. nurul waniiiii, tunggu ibu tawwww ( melambai ke arah gambar wani di laptop)


nurul sugar, ayah sedih

hari ni wani genap 5 bulan.
dia selesema, batuk dan demam sejak dua hari lalu. kesian baby kecilku sorang ini intan payung batu berlian madu bucuk bucuk!

semalam ayahnya sedih.
stress sangat katanya.
wani tak nak berenggang dengan dia.
lepas saya balik kerja, excited la nak dukung dia kan... tapi lepas tu dia nangis pulak bila kena letak.
"memang la, takkan itupun ibu tak tahu" (maybe itu kata wani kat saya dalam tangisannye tu)

so ayah pun marah-marah pulak sebab wani tak diam walaupun di pujuk.
hmmm.... sian ayah..

dalam kereta on the way balik sp, ibu and wani kena dengar luahan hati sedih ayah tu.

wani diam je, dah tak nangis lagi.



"memang la, dah tadi dia puas buat ayah" kata ayah.
wani buat muka innocent je...

sabar ye ayah, wani masuk 5 bulan hari ni. ibu harap wani takkan lupakan jasa ayah yang menatang dia bagai minyak yang penuh bila dia dewasa kelak. amin.

up