nurul wani 1 year yay

wani dah 1 year.
beza betul mukanya.



nurul wani my pearl  



eh ada terkempunan makan apa2 ke hari tu?

skang ni wani dah pandai ralit. 
kalau main ke, tengok benda benda yang dia suka.. dia akan

lupa telan air liur :P


meleleh je la .


belemoihhh.


huhu

seamstress in distress

 ku ingin menjahit.
menjahit for a living.


make a lot of dresses
for my little wani,
and anyone else out there.


mampukah aku?


aku cuba.


aku dah beli mesin jahit baru. tapi aku cuma sempat guna sebelum raya puasa tu je. aku jahit baju aku dan baju nurul wani. baju wani siap. aku buat baju kurung pesak gantung kat dia. hehe tecik je. kiuttt sangat aku rasa bila baby pakai baju tradisional. tapi.. too bad baju mak dia tak siap. baju je siap, kain tak siap. tu lah, nyesal jugak aku beli kain yang kena lining.. lambat dan banyak cerita.. almaklumla, aku kan menjahit bila nak raya puasa je, dah tentu tentu la setahun sekali. bila nak terrer nye huhuhu....  lepas raya, spm trial exam. jadi duk sibuk menanda kertas, maknanya aku tak sentuh sentuh dah mesin jahit tu lepas tu. baju aku, still tak siap .:D


tapi aku sentuh jugak. aku sibuk duk godek godek last last satu component kat mesin jahit baru aku tu tercabut! aku pun ak taw la nama dia apa... yang aku tahu, aku nak naikkan footer dia tu supaya aku boleh alter jeans aku yang aku tak leh pakai sebab longgar.. sudahnya, boifren aku jugak yang jadi mangsa... pepagi dah kena repair mesin jahit tu. sib baik dia ada akal mekanik kan..mesin tu pun balik ke asal. haha. tak jadi lah aku nak alter jeans tu, daripada rosak baik aku buat yang aku reti je dulu.


aku nak sambung jahit baju raya aku tu, tapi benang habih. ambil masa aku nak membeli.. tempat yang aku pegi semua nye takde. sebab nye aku tak pegi kat kharisma, kalau aku pegi kedai tu mesti ada kan. kedai tu semua ada.. ape yang takda? tak da la yang takda, ada ada belaka. tapi kedai tu agak jauh la dan bukan kat laluan harian aku lagi.


tadi aku dah beli benang. esok siang aku nak start jahit. i mean pagi satni. hmm! gigihhhhh!!!!


p/s : gambaq tadak pasai camera ghosak...

life on its rising actions

last weekend was a superb!

seronoknya makan angin berhari keluarga bersama keluargaku dan keluarga Manja, plus adik iparku. dari pagi gi tengok dragon boat race kat putrajaya, sebelah petang pergi mines, malam pula di I-city. 

ada kawan me and my boyfriend masuk race tu, tapi on Sunday race dia dah habis. so, dia ada masa la nak terangkan macam2 kat kami yang first time tengok ni. ty Bonet Merah sebab entertain kitorang dengan penuh sabo.


disebabkan anak buah aku yang bertuah tu,( nama pun Tuah muhammad al-iman, ) seronok nak main air kat sandbox kat tengah tengah panas dekat tempat race tu, so babahnya pun mengajak la pergi MINES main air kolam kat Splash Park. 


dah dekat mines, rasa cam tak puas lagi berjalan, ke mengajak pulak diorang pergi I-city. kat sana puas jugak la explore , cuma snowalk je tak masuk.. huhu next time. bila wani tak selesema okayy...


semua penat, semua happy.

nurul wani cukup 10 bulan hari ni. skills ... masih menjulur, blom angkat punggung lagi time merangkak kan. suka mengutip barang dan masuk mulut... suka selak buku... suka dengar azan... dah pandai panggil 'ayah' .. (ibu blom pandai sebut), pandai main peek-a-boo. apa lagi ek? humm.. ok la itu je la setakat ini.


*** 



every mistake done must be corrected from the start. too bad if it becomes a chain of errors. it'll be too hard to handle.

Nurul dan ibu

Ibu pernah terfikir wani lebih hargai ayah. Sebab wani nangis kalau nampak ayah kan? Kalau nampak ibu wani wat dek je.

Tapi tiba tiba minggu ni lain, wani bising kalau ibu bangun dan pergi mana mana. Dari hujung minggu lepas ibu perasankan itu.

Tak de apa yang ibu boleh komen. Hehehehehhehehe......

aku cuba. - (sajak sakit hati)

aku juga pandai marah
aku juga pandai marah
aku juga pandai marah.

aku tau aku tak perfect.
aku bersalah kerana selalu cuba memahami.
bila aku terlalu banyak berfikir tentang pelbagai what and if,
last last aku still dilihat bersalah.

aku mungkin tidak menggembirakan
aku mungkin membosankan
tapi aku juga ingin cari yang lebih baik
kalau kau tanya aku.

aku juga mahukan itu,
adakah kau memberi?
aku juga sukakan itu,
adakah kau mengetahui?

jangan sakitkan hati aku
kerana aku dan kau akan akhirnya saling membenci.

tapi kalau kau tak peduli
aku tau apa yang akan aku bawa bersama
dan pergi.

gigi susu nurul wani







rupanya lebih kurang seminggu lepas nurul wani demam bulan lepas, gigi susu bawah tumbuh 2 batang serentak. nak genap 7 bulan tempoh hari, alhamdulillah tak demam, cuma dedar waktu pagi je. kemudian selesema berlarutan.

sempena nak ramadhan ni, sabtu, ahad dan isnin ibu dapat cuti. wani dan ibu balik rumah mak teh kat banting.so wani have fun sebab sepupu dia boleh main dengan dia :) semalam gigi wani tumbuh lagi sebatang, kali ni gigi atas pula. yay for 3 teeth!

ibu dapat rasakan yang wani tak lama lagi akan bergantung pada anmum most of the time. ibu still akan menyusukan wani, tapi tak tau la produktiviti susu ibu waktu bulan puasa ni. rasa sedih jugak kalau tak dapat nak susukan wani sekerap yang setakat ini. i mean, dah la waktu bekerja tak dapat susukan dia.. humm, tak pe lah. janji wani sihat.

wani sekarang dok layan babytv. waktu wani bangun subuh hari ialah 5.am. most of the days.. kadang-kadang tu lebih awal lagi. kalau ibu pasang channel babytv, dapat la ibu bersiap nak pergi kerja.

ibu harap wani cepat boleh bercakap, boleh merangkak, berjalan dan sebagainya. ayah pun harap yang sama, especially bercakap sebab senang katanya. sekarang kalau dia meragam nak dengan ayah saja, kadang-kadang pening jugak ayah sebab tak tahu apa yang wani mahu .. :P

sempena nak raya ni, ibu berangan nak beli mesin jahit baru. mesin lama ibu yg dulu tu tak power la kan kan. kalau dapat mesin power sikit boleh la ibu start projek slipcover ibu yang ibu berangan dari tahun lepas tu kan.

kalau dapat mesin jahit tu soon enough, ibu nak start projek pertama ibu. baju raya nurul wani ^^. amin.. amin... aminnn!!!!! fuhhh!!!!!


up