ribut


2 hari kat rumah mommy.

petang jumaat balik kerja, saya tgk kat kedai mommy agak terang kat tempat stall saya
eh?? mana bumbung khemah kedai mommy? rupanya dah terangkat dan landing atas kedai mommy.

rugi tak amik gambar. beberapa orang termasuk abah duk kat atas bumbung. untuk turunkan bumbung khemah tu. ayu (pekerja kat kedai) cakap kat saya , angin tu berpusing pusing (mini tornado?). bayangkan sebelum berhenti, terangkat bumbung khemah dengan frame2nya sekali. member-member yang duduk kat bawah khemah tu tengah minum2 dan borak cuma tercengang masa bumbung tu terangkat. bila bumbung khemah tu landing atas bumbung kedai, baru la semua kalut lari.

jadi malam tu sibuk semua hero-hero yang selalu datang kat kedai mommy gotong royong naikkan khemah guna canvas baru. yang ni banyak gambar tapi blom rajin nak upload. nanti2 la yoh?

pagi sabtu pulak, pergi sekolah menghadiri mesyuarat.
hati gembira mesyuarat berlangsung tanpa berlarut-larutan dengan perkara yang kurang relevan dengan mesyuarat.

1 comments:

I write. said...

horror la pulak bace..sape la yg kool sgt x grk2 tu..hehe..kua duit x nk repair?

Post a Comment


up