sedang ingin bercinta

(off topik: Ok ke skin ni?}

haha lantak, awal awal lagi dah offf topik :))

hanya saya nak kongsi tentang anak anak saya di sekolah.
Memang waktu untuk menelah dan meneroka perasaan menyayangi dan disayangi oleh insan selain daripada ahli keluarga. kamu pun pasti pernah merasakannya kan?

Tapi kadang-kadang lucu melihat pilihan mereka. Terfikir selalu, apakah yang mendorong mereka memilih jenis - jenis lelaki tertentu. ada gadis yang muka comel tetapi memlilih budak nakal yang terang terangan lebih teruk dari gadis itu. haha saya pernah terpesan pada budak perempuan yang saya rasakan tidak mahu menunjukkan apa apa minat untuk menjamin masa depan nya dengan pelajaran; sekurang-kurangnya dia perlu pandai memilih jenis lelaki yang boleh menjamin masa depannya. Pasanan itu saya sampaikan secara berseloroh, tetapi bila difikirkan, memang ada realitinya jika dia berhasrat untuk tidak mahu berdikari dan memilih untuk bergantung hidup pada jantina yang lagi satu itu.


tapi saya ceritakan juga betapa akan susah jika bergantung dengan orang lain. Betapa akan sukar membelanjakan wang untuk keperluan sendiri jika orag yang diharapkan itu seperti pagar makan padi.

lol saya selalu cenderung untuk berlagak seperti seorang ibu dengan seribu pesanan pesanan. tapi adakah mereka menilai apa yang saya katakan? mungkin 50% sahaja.. yang lain .. masih kuat mengikut kata hati yang kuat menyatakan sedang ingin bercinta.

1 comments:

I write. said...

sila la pilih sayaaaa (prasan single n hot) haha

Post a Comment


up