selamat hari guruu

selamat selamat dan selamat la hendaknya sampai bila bila yea..

esok hari guru tapi kitorang kat skool blom sambut. esok siap ada kursus lagi ha. dasat betul skool saya.

tapi tak apa lah, yang paling istimewa, esok rakan sekerja saya akan melangsungkan perkahwinannya. Best la kak has.

saya tumpang gembira.
selalu kita cakap frasa tu. saya tumpang gembira... tapi berapa kali sangat kamu betul- betul maksudkannya? kadang-kadang ia cuma atas dasar sopan sahaja.

kak has nak kawen, saya peluk kak has sebab seronok sangat ( campur terkejut). saya tumpang gembira.
pandai kamu pilih tarikh kawen, kak has. takkan ada yang lupa anniversary kamu di masa depan :)

harap2 kursus yang sepatutnya habis pukul 4 petang tu dapat di habiskan lebih cepat (mengharapkan miracle) dan dapat kami ke majlis kawen yang gilang gemilang tu nanti. amin amin amin.

kawan baik saya masa skool di perak dulu bakal dapat anak kembar. harap-harap semuanya selamat. saya tumpang gembira juga.

2 comments:

I write. said...

harus diakui di sini bhw pgunaan 'tumpang gembira' tu kebanyakannya atas dasar budi bahasa..kdg2 brita gembira tu x smestinya mmpu menyampaikan prasaan gembira yg sepatutnya pada pendengar..kdg2 mmg kita sama2 rasa gembira, mungkin tlebih gembira pon ada..haha..yg penting teruskan budi bahasa, demi keamanan komuniti sejagat..hehe

Ain Twitty said...

betul tu :)

Post a Comment


up