Ain's Quest to 5.0 mM sugar

It's sickening. Memang dah sakit pun. i was in denial of my illness for these past years. i do take pills. i do take herb drinks (that i make myself). the problem is, i do take all kinds of foods and drinks.

i just got back from the Doc's. it is 24.9mM (after meal).

I know.

I know

*cries*

i'm still young. and i am not yet a mother.

memang salah i, i jadi macam ni. if i can undo things, memang i akan anti all kinds of sugar, hidden or not. doc kata, in a week kalau progress i still camtu, i kena duk hospital. *ngeri*

ok. i have to be discipline. i kena kontrol makan.
i akan beli bateri untuk glucometer i yg dah kong tu.
i akan check hari-hari.

it's my quest to 5.0 mM sugar.

Doa ketika dalam kesusahan dan kecemasan

Bagaimana nak singkirkan toksin dari badan?

Malam tadi sambil tengok cite human target kat TV3 , bf saya mintak saya urutkan jari tangan kanan dia. Bengkak - tak boleh genggam. Hmmp... :/ 2 je jari yg bengkak, jari manis dengan kelingking. tapi siksa la kan. :( sian dia.


so dalam pukul 4 pagi (waktu dia selalu bangun untuk masak) saya pun kejut dia. tapi dia macam tak larat. pastu dengar suara mummy pulak kejut dia. saya tolong jawab yang jari bf saya sakit. lagi sekali tersedar dah pukul 6.30 pagi. Adik pun dah siap pakai baju sekolah dan tengah ready nak sarapan nasik lemak yang dia beli. - Dia kata nasi lemak makcik tu yang nombor 2 sedap kat area umah mummy . nombor 1 sapa? hehe mesti la nasi lemak mummy. masakan ibu tu kan ke yang the mostest paling tersedap sekali?-

Warung ad-dawiyah cuti hari ni.
mesti Kak Nor dengan Mak Tam ( pembantu mummy) yabedabedu sebab cuti. Saya tak yabedabedu sangat sebab tak de maknanya nak happy giler. kerja pagi kan hari ni.

Badan bf saya banyak toxin ke.
Kena google cari carapaling murah untuk detox.

Ada lawatan penanda arasan. ok la tadi rombongan dah masuk tengok Studio Ekspresi Seni kitorang. Budak-budak pun tekun je buat kerja :) :P

Hari ni teringin sangat nak makan kari udang. tapi larat ke nak masak? kalau dah pukul 7.15 baru sampai rumah mummy.

Padan muka (sikit je )





Pagi tadi kan pergi ladap kat PPD, kan, aku ada terniat untuk balik awal sikit. dah mmg suruh bf amik pukul 11pg. so after second slot tu, ingat nak tunggu la sekejap baru keluar, rupanya slot tu speedyooo. LOL.

semua pun balik pukul 11 rupanya.

ingatkan bf dah tunggu kat luar dewan blok E tuh. tak ado.... - harus la tu pukul 11 baru kuar rumah kate..

haha bf sampai siap bawak laptop ingatkan lambat lagi so dia ingat nak la santai santai dulu. huhuhu rupanya dia masuk je kawasan PPd tu , tengok kereta dah clear. sian gf dia.

then, mood dia pun baik hari ni :) :)

dalam pukul 3 tu mummy ajak lunch kat kedai sup kat kg abu bakar baginda. dah kenyang tu pi beli barang kedai pulak. so menuju la ke mydin. ingatkan lepas tu nak amik amik angin , amik amik gambaq. lama dah tak amik gambaq. tapi panas yg amat. lit lit. huhu. tak jadi la.

sampai rumah pun dah pukul 5ptg. tak dan setengah jam. mendung tak ingat. gelap laaa... hujan la pun. tak dapat pi pasar mlm. tunggu la selasa depan.

hmm isnin ni ada yg nak mai visit skool ku. kena kerja pagi la ek. sabtu setengah hari. isnin dari pagi sampai 6.40ptg. dah mai awai, takkan tak leh balik awai? dulu boleh... tapi tu la, nama pun 'dulu'. yang 'dulu' pun dah pindah belaka. what other choice do i have ?dont think much about the past, if nothing can be done so just have to deal with the present.

lagu malam ni ialah cover Bitter Heart of Zee Avi. best lagu ni. fun song with not so fun theme ...

enjoy la.


aku terjaga pagi pagi buta ni. skang dah pukul 4 pagi. susah pulak nak tidur balik. so aku bukak laptop dan online. tadi aku sempat tgk adamaya episod 1.. masuk je episod 2, laptop aku pun kejung.

laptop aku selalu camtu. pakai mobile broadband ni mmg camtu kut. kat rumah aku guna streamyx tak lak jadi canni. laptop aku tak power agaknya.

***********

saya tak sabar tunggu sabtu ni sbb bf saya nak start meniaga kat kedai mummy.

air gelas besar

smlm saya dah test air honey dew. walla sedap giler. tapi tu la, ingatkan leh tolong kat kedai tapi kena pi ladap lak kat PPD.

bila tau sabtu kena kerja, badan saya pun mula buat perangai. pening kepala la, tense la.. so tengahari tadi saya dah amik ponstant. :P 2 hari rehat tu bagi saya memang cukup2 ja .. lagipun nak kena sediakan soalan. jadi kalau sabtu tu kena kacau oooii.. mana nak cukup rehat.





perkahwinan dan kewangan

Sejak malam sabtu hingga ke hari ini, saya dan keluarga suami sibuk meraikan sepupu lelaki yang baru mendapat pasangan sejiwanya. Bermulalah fasa baru bagi hidup azfar. secara peribadinya saya tak begitu rapat dengannya. jarang berjumpa. tapi dia seorang pemuda yang berbudi bahasa, soft spoken, macam arwah ayahnya.

usia perkahwinanku pula, sudah lama.
:)
alhamdulillah.

tapi saya masih belajar menjadi yang lebih baik dalam menguruskan sebuah rumahtangga dan salah satunya tentang kewangan.

boros?
memang boros.

cuai?
memang cuai.

macam mana nak buat ni?
saya pun list balik expenses bulanan.

:( nampaknya perbelanjaan dah melebihi budget.
start bulan depan kena cut cost apa yang tak perlu.
menabung dari sekarang?
never too late to start out something good.

go go ain^^

selamat hari guruu

selamat selamat dan selamat la hendaknya sampai bila bila yea..

esok hari guru tapi kitorang kat skool blom sambut. esok siap ada kursus lagi ha. dasat betul skool saya.

tapi tak apa lah, yang paling istimewa, esok rakan sekerja saya akan melangsungkan perkahwinannya. Best la kak has.

saya tumpang gembira.
selalu kita cakap frasa tu. saya tumpang gembira... tapi berapa kali sangat kamu betul- betul maksudkannya? kadang-kadang ia cuma atas dasar sopan sahaja.

kak has nak kawen, saya peluk kak has sebab seronok sangat ( campur terkejut). saya tumpang gembira.
pandai kamu pilih tarikh kawen, kak has. takkan ada yang lupa anniversary kamu di masa depan :)

harap2 kursus yang sepatutnya habis pukul 4 petang tu dapat di habiskan lebih cepat (mengharapkan miracle) dan dapat kami ke majlis kawen yang gilang gemilang tu nanti. amin amin amin.

kawan baik saya masa skool di perak dulu bakal dapat anak kembar. harap-harap semuanya selamat. saya tumpang gembira juga.

sedang ingin bercinta

(off topik: Ok ke skin ni?}

haha lantak, awal awal lagi dah offf topik :))

hanya saya nak kongsi tentang anak anak saya di sekolah.
Memang waktu untuk menelah dan meneroka perasaan menyayangi dan disayangi oleh insan selain daripada ahli keluarga. kamu pun pasti pernah merasakannya kan?

Tapi kadang-kadang lucu melihat pilihan mereka. Terfikir selalu, apakah yang mendorong mereka memilih jenis - jenis lelaki tertentu. ada gadis yang muka comel tetapi memlilih budak nakal yang terang terangan lebih teruk dari gadis itu. haha saya pernah terpesan pada budak perempuan yang saya rasakan tidak mahu menunjukkan apa apa minat untuk menjamin masa depan nya dengan pelajaran; sekurang-kurangnya dia perlu pandai memilih jenis lelaki yang boleh menjamin masa depannya. Pasanan itu saya sampaikan secara berseloroh, tetapi bila difikirkan, memang ada realitinya jika dia berhasrat untuk tidak mahu berdikari dan memilih untuk bergantung hidup pada jantina yang lagi satu itu.


tapi saya ceritakan juga betapa akan susah jika bergantung dengan orang lain. Betapa akan sukar membelanjakan wang untuk keperluan sendiri jika orag yang diharapkan itu seperti pagar makan padi.

lol saya selalu cenderung untuk berlagak seperti seorang ibu dengan seribu pesanan pesanan. tapi adakah mereka menilai apa yang saya katakan? mungkin 50% sahaja.. yang lain .. masih kuat mengikut kata hati yang kuat menyatakan sedang ingin bercinta.

up