Cuma kemengahan dan kesemputan yang datang dan pergi.
Semalam aku pegi hospital untuk check-up. Doktor kata gula aku okay-okay saja. Untuk bulan puasa pulak, aku kena make some adjustments kalau aku still nak puasa. kalau tanak pun tak apa. darurat. Aku tak dapat tengok baby keseluruhannya, just dapat tengok jantung dia berdegup. okay la tu, aku harap dia sihat-sihat saja.
Agak rugi aku tak pergi kerja semalam sebab kak Mah boutique bawak agak banyak kain jersey. Aku yang teringin, tapi semalam aku tak de, melepas la aku. sib baik ada lagi. aku pun ambil sepasang. Nak buat baju maternity sendiri...
Aku kena gigih kali ni. Kak mah dah ajar aku patternnye. tinggal gigih je.
terpaksala aku reformat pc. alang alang, aku tukar window 7. aaaaa.. mahal nya....
The doc was kind enough to do a scan eventhough it was just last week that another doc did a scan.
Baby tu lompat-lompat lak. I was so happy and only later that i realized i had shed a tear.
Tapi mesin jahit ni memang satu keperluan. Kita mungkin guna mesin jahit just kadang-kadang. Untuk mend baju kita yang tetas atau seluar yang terkoyak. mungkin korang just buang je baju korang yang terkoyak tu or sorok dalam almari dengan doa yang 'suatu hari nanti' korang akan terbuka hati untuk repair balik baju tu kan ... hehe.
Sejak aku mengandung, aku teringin untuk jahit macam-macam. Tapi orang kat keliling aku baik jawa atau minang, kedua-duanya tak kasi aku menjahit. Aku ni orang banjar. Apa agaknya pantang larang orang banjar kan?
Adik beradik aku semuanya 8 orang , 4 lelaki dan 4 perempuan. Kami 4 beradik perempuan semuanya menjahit, even abang aku yang nombor 3 tu pun menjahit. Aku ingat lagi dulu-dulu dia jahit sendiri repair seluar jeans dia semua.Tapi aku lah yang paling tak terer sebab setahun sekali pun aku susah nak menjahit. Khamis lepas aku call kakak aku yang kat terengganu dan tnya pendapat dia.
Pendapat dia, memang la orang mengandung tak digalakkan menjahit takut mengah nanti. aku pun ooooohhhhhhh.... Tapi kata dia, masa dia mengandung, dia jahit juga sarung bantal untuk baby baru dia. Yang jadi pantang tu ialah menjahit badan bantal tu sebab kaedah dia jahit sarung untuk kekabu, stuff in kekabu dan jahit tutup semua lubang... Yang tak boleh tu sebab menjahit kaedah tutup semua. Tak ada ruang rongga pada benda yang dijahit tu. Pelik kan? So, dia jahit sarung bantal je tak apa la kut sebab sarung tu bukan tutup habis, ada lubang lagi kan. Kata dia la...
So, cemana ni? Aku teringin jugak set tidur baby tu. Nak beli yang dah siap kan macam mahal je... kalau aku tau aku akan mengandung tahun ni, mesti aku dah jahit siap-siap kan. haha. Mana la nak tau, malang dan rezeki tu kan tak berbau. :)
Kalau ikut kepantangan orang jawa lagi berlambak-lambak pantang dia. Itu tak boleh, ini pun tak boleh. Mummy ( my MIL ) orang jawa, tapi bagi dia boleh je semua. Tiap kali dia mengandung, dia kata dia suka minum air gas. Aku dengar je, cam nak terbeliak mata aku. Aku takut nak sentuh semua tu. tapi tak de lak apa effect aku tegok, Bf aku dan adik-adik dia sihat je cukup sifat. Entah la.
Biras aku pun jawa, tapi kalau ikut dia banyak yang tak boleh. Kerat kaki ayam tak boleh, so aku tak de la kerat ... aku ketuk. haha. Melompat dia bila dia tau aku wat camtu. Dia kata itu pun tak boleh. Lepas tu jalan bawah ampaian pun tak boleh. Aku tak faham la kenapa tak boleh. Abih kalau dah tak de jalan lain cemana? Yang mana aku dengar cam ada logik tu aku ikut la. Yang aku rasa cam tak de asas tu aku abaikan je kot. Sebelum aku mengandung, biras aku ada mintak aku tolong jahitkan barut anak dia tapi bila dia dapat tahu je aku mengandung terus dia tak kasi jahit langsung.
Aku bukan la seorang yang superstitious, aku biasa-biasa je. Tapi sebab ni kandungan pertama aku jadi agak berjaga-jaga. Alahai..tak sabarnya nak menjahit :)
Bestnya duduk di rumah sendiri. Walaupun tak seberapa tapi ok la.
My home is all cluttered, just like when i left it before. Tapi aku tak nak la paksa sangat badan aku untuk kemas sekaligus. Aku angkat sikit2 dan rehat banyak2 hahaha...
My main goal is the rooms sebab katil kat ketiga-tiga bilik tu need mending. Maklum la murah-murah je masa beli tu. kayu tipis jerk. Kayu pelapik tilam tu semua pun tersangkut sikiiiit je kat katil. so kalau duduk tak kena gaya pun, kayu pelapik tu terjatuh. masa orang tu install pun aku dah tak puas hati, menyesal pulak kenapa masa kat kedai perabot tu aku terlepas pandang pasal hal ni. aku tak kisah la kalau murah tu sebab bahan tu murah, tapi tak nak la sebab bahan yang dia gunakan tu 'pendek' dari yang sepatutnya.
hari ni aku berbual dengan Liz, kawan yang aku kenal melalui alam maya. dah bertahun kami berkawan. Sebab aku dah jarang online, kami pun dah jarang berbual. Khabarnya dia dah makin gigih menjahit.
Dia jahit sendiri beg tu. Bangganya aku ada kawan yang pandai menjahit ni. Ni yang aku bertambah tak sabar nak tunggu baby aku keluar. :) Maybe bag tu pun untuk di jual juga. Kalau nak tahu boleh la singgah di blog liz.
Liz pun pandai buat jewelry sendiri. Kalau kamu suka gelang dari beads and crystal... memang patut kamu cuba lihat sendiri di sini.
My fav of her creations is this one!
Gelang ni memang nampak biasa je, lagipun memang taste aku camtuh tak de yang too attracting. Aku dah test pakai gelang tu dan rasa sedap betul di atas pergelangan tangan sebab beads dia rapat-rapat. Liz buat custom order juga taw.
Aku tengok hampir semua benda. Aku dah layan cerita Syahjihan, Noktah erna, drama tv1, cerita mandarin ToGetHer termasuklah drama-drama ulangan di tv3.
Aku dah kurang duduk di internet sebab masa-masa itu aku dah guna untuk tengok tv atau tv tengok aku.
Aku tak boleh memandu sebab aku tak reti. Kalau aku boleh memandu mesti aku dah pergi window shopping. Tapi kalau betullah aku boleh memandu mesti bf aku tak bagi sebab dalam perut aku ada orang.
Aku teringin nak jahit slipcover untuk sofa aku di rumah. tapi dalam 10 orang yang aku tanya, 9 orang berpendapat yang aku tak boleh menjahit sebab dalam perut aku ada orang.
Aku nak mencuba buat cupcakes yang cantik-cantik. Tapi itu semua sangat manis. Manis melecaih dan aku pula berdarah manis. Doktor pakar yang aku jumpa Isnin baru-baru ni pesan supaya aku banyak-banyak bersabar kerana dalam perut aku ada orang...
Bf aku sangat gigih bekerja akhir-akhir ini kerana dia ingin mencari rezeki untuk orang yang di dalam perutku dan tuan punya perut juga. Dia sangat penat jadi aku tak sampai hati nak ajak dia pergi mana-mana untuk buat apa-apa.
walaupun orang kecil itu sebenarnya di dalam womb, tapi aku sungguh suka menyebut dia di dalam perut :)
ok la , aku nak pi tengok tv.
Subscribe to:
Posts (Atom)


