Minat dan Cabaran

Tempoh hari (yang dah agak lama la jugak) saya jumpa Cikgu F, cikgu Seni kat sekolah saya. F ialah guru baru, muda. Dia memang jurusan fine arts dulu masa kat Uni, jadi memang dia tu fresh graduate yang sarat dengan ilmu ( yang mungkin tak sabar-sabar nak di kongsi dengan anak-anak muda masyarakat kita).

Keadaannya, di sekolah kami ni, pelajar yang mengambil jurusan Seni ialah yang kebanyakannya sebab tak layak ambil jurusan lain.. yang selebihnya tu baru la yang kalau tak minat Seni pun tapi ada kebolehan untuk menghasilkan karya seni dan sebagainya. jadinya faham-faham aja la cabaran untuk guru yang macam f tu; pelajar dah besar ( takmo dengar kata segelintirnya ), bakat pun mungkin terhad. Dengan ponteng, dengan bising, dengan tak peduli pun pasal kerja kursus untuk SPM. Semangat F tadi mungkin dah fell into the drain. huhuhu...

saya dulu-dulu masa baru bermula, saya kena hantar ke sekolah lama saya. Masyarakat bandar kecil - lebih kurang pekan ( tapi kampung saya tu tak de la hulu.. bukan tempat jin bertendang ok..). majoriti pelajar kat sekolah tu ialah melayu... type nampak students cakap english mesti nak jeling or kata "macam good-good." So, remaja kan.. cakap mak bapak pun taknak dengar, ini kan pulak cakap cikgu. diorang lagi suka dengar cakap kawan-kawan. peer pressure .. hhuuhu. so even cemana pun saya motivate diorang untuk bercakap menggunakan Bahasa Inggeris.. last last motivation ke mana.. english tetap takat tu jugak.

Pendidikan Seni adalah satu pilihan. samada ianya pilihan sendiri atau pihak pentadbir yang 'tolong' pilihkan untuk mereka. Manakala Bahasa Inggeris pula bukannya satu pilihan. tak de pilihan untuk tak nak ambil subjek tu untuk apa-apa peperiksaan awam. Walaupun begitu, pilihan atau bukan pilihan, tugas guru ialah untuk mendidik, mengajar dan untuk meningkatkan gred ( parents yang kata ).

Ada ramai guru yang macam saya atau F. Kami memang terlatih, dan kami memang suka apa yang kami buat. Passionate. tapi bila berdepan dengan students yang macam saya sebut tadi.. guru-guru passionate macam kami akan kelihatan syiok sendiri.. huhuhu sedih doh.. -.-'

Untuk masyarakat di luar sana tu... jangan la judgmental sangat kat kami guru malaysia ni. ramai yang kata kami kerja separuh hari, gaji nak banyak pastu asik cuti.. cuti.. cuti.. gaji jalan. Hanya orang yang tak pernah jadi cikgu saja yang ada pengetahuan cetek macam tu.

Ada ramai professionals yang terpaksa bawak kerja pulang kerumah dan juggle kerja di pejabat dengan kain baju yang tak berlipat dan anak yang kuat memanjat di rumah. Guru adalah salah seorang dari mereka. Semua kerja ada kesusahan yang tersendiri. Secara lojiknya semua orang nak cakap kerja diorang paling susah even homemaker pun nak buat statement camtu. kita tak akan tahu kerja guru ni senang atau tidak kecuali kita pernah menjadi seorang guru.

Anak anda dapat C untuk English? Eh, kan memang belajar English dari darjah 1 (atau tadika), kenapa dah lama belajar tapi tak pandai-pandai ek? Anda hantar tuition pulak tu...


mungkin cikgu tu tak pandai mengajar ( sengih ).
mungkin juga anak anda asyik mengelamun dalam kelas (hormon remaja).
mungkin anak anda tak siapkan kerja rumah (no drilling... new lesson soon to be forgotten)
ataupun mereka mempunyai mentality yang macam seorang ni yang menganggap menggunakan Bahasa Inggeris bermaksud tidak memartabatkan Bahasa Melayu.




Zee Avi, penyanyi dari Malaysia yang melakukan debutnya di YouTube dan disambar oleh syarikat rakaman luar negara baru-baru ini di kritik kerana dia 'lebih' menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.

Bahasa memang melambangkan bangsa.. tapi siapakah orang di Malaysia yang telah menobatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua? ( dan mewajibkan semua anak-anak disekolah untuk mempelajarinya? ) There is no language that you can master without practising it. Nak suruh anak-anak ini cakap dengan siapa kalau bukan dengan khalayak? untuk mereka meningkatkan gred, mereka kena lebih banyak menggunakan bahasa tersebut.. i.e. Bahasa Inggeris. Bukan hanya bergantung kepada waktu matapelajaran Bahasa Inggeris yang cuma kurang daripada 4 jam seminggu.

hehe Zee Avi pun menghadapi cabaran juga inspite of minat dia yang mendalam dalam bidang yang dia pilih sendiri. Passionate.. you alls!

Walau siapa pun anda, guru ke, penyanyi ke, atau pencuci cermin bangunan sekalipun, setiap pekerjaan kita masing-masing ada cabaran yang tersendiri.

Jangan bersikap menghakimi sangat okayy ... :)

1 comments:

Idaz d dapoq said...

pb tu bukan pekanlah awak...da jd bandar kan...mmm pusat bandar pb...

Post a Comment


up